Harian Metro

Tercekik roti

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

 Pelajar warga Nigeria tak sempat sudahkan pertanding­an di sebuah hotel

Hasrat pelajar lelaki warga Nigeria menyudahka­n pertanding­an makan roti di sebuah hotel di daerah ini tidak kesampaian apabila meninggal dunia dipercayai tercekik, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superinten­dan Zainudin Ahmad berkata, lelaki yang juga penuntut sebuah kolej di Selangor dikenali sebagai Borokinni, 32, datang ke hotel terbabit jam 6.30 petang kelmarin bersama dua rakannya.

Katanya, mereka menginap di situ untuk menyertai pertanding­an pada majlis hari jadi rakannya pada jam 1.30 pagi.

“Sebaik menyertai pertanding­an dan menikmati roti disediakan, mangsa dikatakan tercekik. Dia berlari ke belakang dewan sebelum muntah-muntah,” katanya.

Zainudin berkata, Borokinni tidak sedarkan diri menyebabka­n rakannya membawa ke Hospital Port Dickson (HPD), di sini.

“Sewaktu menerima rawatan, mangsa bagaimanap­un disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tercekik (asphyxia secondary to choking).

“Buat masa ini mayat masih ditempatka­n di HPD dan akan dituntut warisnya. Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya. Kuantan: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini menunggu perintah sementara mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum mengambil sebarang keputusan menempatka­n bayi lelaki seberat 2.6 kilogram (kg) ditemui dalam semak belakang kuarters Pejabat Hutan Muadzam Shah, Rompin, kelmarin.

Pengarahny­a Zulkhairi Zainol Abidin berkata, bayi dipercayai keturunan Melayu itu akan ditempatka­n di institusi kanak-kanak JKM di negeri ini, turut menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berjadual disediakan pihak hospital.

Pegawai JKM melakukan pemantauan setiap hari sepanjang bayi lelaki itu berada Hospital Muadzam Shah (HMS), Rompin, dan keadaanya kini dianggap memuaskan selepas rawatan.

“Pemantauan tahap kesihatan dilakukan pegawai perubatan HMS selama lima hari terutama apabila ada kesan gigitan semut pada bahagian mata kiri bayi itu.

“Penentuan keturunan bayi lelaki itu hanya dapat diputuskan selepas keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) dibuat pihak hospital.

“JKM Rompin juga meluluskan bantuan segera sebanyak RM300 untuk pembelian keperluan bayi berkenaan seperti susu dan pakaian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Zulkhairi berkata, pemeriksaa­n doktor mendapati bayi itu dilahirkan cukup bulan dan berada dalam keadaan sihat serta memuaskan walaupun ditinggalk­an dalam semak tanpa pakaian dalam tempoh lama.

Semalam, akhbar ini menyiarkan laporan penemuan bayi lelaki dalam semak berhampira­n kuarters Pejabat Hutan Muadzam Shah oleh Mohd Safarin Mohd Shahir, 30, pada jam 10.15 malam.

Bayi itu ditemui masih bertali pusat ditinggalk­an dalam beg plastik tanpa sebarang pakaian dan kini ditempatka­n di wad Melor HMS.

 ??  ?? BAYI lelaki yang dibuang dalam semak.
BAYI lelaki yang dibuang dalam semak.
 ??  ?? BOROKINNI
BOROKINNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia