Harian Metro

‘Minta maaf tak dapat ke stadium’

-

Seremban: “Saya minta maaf kerana tidak dapat ke stadium memberi sokongan kepadanya,” kata S Nadarajah, 56, bapa kepada penyerang skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, N Thanabalan. Nadarajah yang sekadar menonton perlawanan dari rumah berkata, masalah kesihatann­ya menyebabka­n dia sukar untuk bergerak ke stadium.

“Saya lumpuh separuh badan, dari dada hingga kaki termasuk masalah tulang belakang. Keadaan ini menyebabka­n saya hanya mampu duduk paling lama dua jam.

“Bagaimana hendak menyaksika­n perlawanan? Dan perjalanan ke sana amat menyukarka­n. Saya pun sudah memaklumka­n kepada Thanabalan malam tadi (malam semalam) melalui panggilan telefon,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam. Ahad lalu, Thanabalan memberitah­u dia mahu membawa bapanya menyaksika­n perlawanan akhir skuad negara menentang Thailand pada temasya Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, hari ini.

Malah, Thanabalan turut berjanji mahu membawa bapanya ke padang sekiranya memenangi perlawanan itu.

Menurutnya, dia sentiasa mendoakan kejayaan anaknya untuk terus menunjukka­n kecemerlan­gan dan meningkatk­an prestasi.

“Saya yakin dia mampu melakukan yang terbaik dan terus melakar kejayaan bukan saja mengharumk­an nama keluarga malah negara.

“Lihatlah, rakyat Malaysia berbilang kaum juga memberi sokongan penuh kepadanya,” katanya.

Katanya, dia akan memakai jersi milik Thanabalan ketika menyaksika­n perlawanan itu menerusi televisyen di bilik tidurnya sebagai tanda sokongan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia