Harian Metro

Sanggup berhabis beli tiket RM100

-

Shah Alam Segelintir penyokong

Malaysia sanggup membeli tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 pada harga hampir lima kali ganda yang dijual di pekarangan Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati ulat tiket menjual tiket pada harga antara RM50 hingga RM150 ringgit terutama kepada peminat yang mahu menyaksika­n perlawanan antara Malaysia dan Thailand.

Seorang penyokong Muhammad Haisailny Yusri, 16, berkata dia tidak kisah berhabis duit semata-mata untuk mendapatka­n satu tiket yang sepatutnya berharga kira-kira RM20 tetapi dibeli pada harga RM100 sekeping.

“Lagipun saya lakukan ini semata-mata untuk memberi sokongan dan mahu bersorak pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Menurutnya, menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen dan secara langsung perkara yang berbeza.

“Orang yang tidak pernah tengok secara langsung di stadium dan hanya tengok saja kaca televisyen tidak merasai betapa meriahnya ketika perlawanan berlangsun­g,” katanya.

Sementara itu, penjual tiket di kaunter stadium Aina Syahirah Mohamad Zaidi, 19, berkata, dia terkejut melihat rusuhan ketika jualan tiket berlangsun­g.

“Saya takut apabila penyokong yang mahu membeli tiket berteriak mahukan tiket. Ada setengahny­a bertindak membakar mercun berikutan berang apabila tiket sudah habis dijual.

“Ini pengalaman kali pertama saya menjadi sukarelawa­n menjual tiket bagi mencari wang perbelanja­an memasuki universiti nanti. Lepas ini saya dah serik nak jual tiket lagi,” katanya.

 ??  ?? HAISAILNY menunjukka­n tiket yang dibeli.
HAISAILNY menunjukka­n tiket yang dibeli.
 ?? Aina Syahirah ?? Ini pengalaman kali pertama saya menjadi sukarelawa­n menjual tiket bagi mencari wang perbelanja­an untuk memasuki universiti nanti.
Lepas ini saya dah serik nak jual tiket lagi”
Aina Syahirah Ini pengalaman kali pertama saya menjadi sukarelawa­n menjual tiket bagi mencari wang perbelanja­an untuk memasuki universiti nanti. Lepas ini saya dah serik nak jual tiket lagi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia