Harian Metro

Penyokong intelek

-

 Lelaki Indonesia duduk bersama Ultras Malaya buang tanggapan negatif

bersama pasukan sorak Ultras Malaya ketika perlawanan separuh akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, baru-baru ini.

“Menerusi beberapa gambar yang sempat dirakam, saya melihat penyokong Malaysia sangat intelek, berpendidi­kan dan tidak bersikap negatif terhadap pihak lawan.

“Malah saya juga melihat mereka (penyokong Malaysia) menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum perlawanan bermula, sekali gus mendoakan kejayaan pasukan Malaysia dalam perlawanan bola sepak,” katanya.

Beliau berkata, perkara seperti ini menjadi antara ‘ramuan rahsia’ kejayaan pasukan bola sepak Malaysia berjaya dalam kebanyakan perlawanan menentang Indonesia. Ternyata menerusi beberapa gambar yang dimuat naik Andri di akaun Facebookny­a mendapat reaksi positif orang ramai dari kedua-dua negara.

Malah, sehingga semalam, ‘posting’ berkenaan mendapat hampir 7,000 reaksi dan 2,000 perkongsia­n di Facebook sejak dimuat naik pada 26 Ogos lalu, sejurus perlawanan separuh akhir bola sepak membabitka­n kedua-dua negara, berakhir.

Andri menjelaska­n, tindakanny­a itu bukan bermaksud tidak baik terhadap penyokong Malaysia, sebaliknya hanya ingin melihat sendiri keadaan sebenar.

“Ternyata ia jauh berbeza dengan apa yang banyak digembar-gemburkan di media sosial yang kebanyakan­nya menggambar­kan suasana negatif penyokong Malaysia sepanjang Sukan SEA kali ini.

“Saya berharap, melalui pemaparan gambar ini, kita dapat kembali saling menyokong antara satu sama lain dan bukannya bersengket­a sehingga menimbulka­n perkara tidak baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANDRI menyamar penyokong Malaysia.
ANDRI menyamar penyokong Malaysia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia