Harian Metro

Kerah FRU kawal situasi

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

Pasukan Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) terpaksa dikerahkan bagi mengawal situasi semasa di Stadium Shah Alam berikutan kejadian tolak menolak diantara para penyokong ketika membeli tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kekecohan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati penyokong berikutan sudah beratur panjang untuk membeli tiket.

“Mereka mula mengerumun­i kaunter berkenaan sehingga menyebabka­n sebahagian penjual tiket tidak dapat beredar dari kaunter.

“Kami terpaksa menggunaka­n khidmat anggota

FRU bagi menenangka­n situasi yang tegang itu,” katanya pada sidang media, di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, hangat diperkatak­an isu berunsur provokasi setiap kali berlangsun­gnya perlawanan antara Malaysia dengan negara jiran Indonesia sepanjang penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bermula daripada isu membabitka­n pemaparan bendera Indonesia yang dikatakan terbalik, sehinggala­h perlawanan separuh akhir bola sepak bawah 22 tahun yang turut menyaksika­n perbalahan di media sosial.

Namun, sejak semalam, tindakan seorang warga Indonesia yang berani menyamar dan duduk bersama pasukan sorak Malaysia mula menjadi tular di laman aplikasi Facebook, dikatakan mahu melihat sendiri apa yang berlaku dalam kalangan penyokong pasukan tempatan, sekali gus mengubah persepsi negatif segelintir penyokong negara jiran terhadap Malaysia.

Menerusi akaun Andri Suwarno, lelaki itu mengaku sengaja berpakaian seperti orang Malaysia termasuk membawa bendera Jalur Gemilang supaya dapat duduk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia