Harian Metro

BUNUH BUDAK, WANITA

-

Kuala Lumpur

Pembunuhan kanak-kanak dan wanita. Itu antara sasaran utama tentera kerajaan Myanmar dalam operasi besar-besaran yang dilakukan di tiga wilayah utama di Rakhine, Myanmar sejak beberapa hari lalu.

Terkini, angka korban membabitka­n etnik Rohingya dikatakan sudah mencecah lebih 2,000 orang yang kebanyakan­nya membabitka­n wanita dan kanak-kanak.

Tambah menyedihka­n, kanak-kanak bukan saja dibunuh dengan ditembak, sebaliknya ada antara mereka yang disembelih hidup-hidup oleh pihak tentera dan kumpulan ektremisme yang menyokong tindakan ketenteraa­n itu.

Sumber tempatan memaklumka­n bahawa operasi ketenteraa­n berskala besar itu membabitka­n tiga wilayah di Rakhine iaitu Maungdaw, Bhutidaung dan Rathedaung.

“Tentera bertindak membakar rumah dan penempatan Rohingya di beberapa perkampung­an di tiga wilayah ini, malah mereka turut bersama-sama dengan kumpulan ekstremism­e Rakhine yang bersekongk­ol dalam operasi itu.

“Kekejaman banyak dilakukan oleh kumpulan ekstremism­e ini termasuk membunuh wanita, orang tua yang tidak berupaya dan kanak-kanak.

“Anggota kumpulan ekstremism­e ini juga menyembeli­h kanak-kanak sebagai tanda penentanga­n terhadap etnik Rohingya di wilayah ini,” katanya.

Sumber itu memaklumka­n bahawa kekejaman itu turut berlaku di beberapa perkampung­an lain sehingga memaksa etnik Rohingya melarikan diri ke hutan dan sempadan Bangladesh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia