Harian Metro

Tutup WhatsApp, media sosial

-

Kuala Lumpur: WhatsApp dan media sosial ditutup. Itu situasi terbaru berlaku di Rakhine selepas lebih 2,000 etnik Rohingya terkorban manakala 100 kampung terbakar berikutan operasi ketenteraa­n yang dilaksanak­an kerajaan Myanmar membabitka­n tiga wilayah di Rakhine.

Perkara itu disahkan penduduk Rakhine, Mohd Junaid Zafar Ahmed, 30, yang mendapat maklumat daripada rakan senegarany­a yang berada di sempadan MyanmarBan­gladesh, semalam.

Katanya, ketika ini puluhan ribu kelompok minoriti Islam di Myanmar sedang melarikan diri untuk melintasi sempadan Bangladesh.

“Selepas rumah mereka dibakar dan ratusan dibunuh kini apa yang mereka hanya boleh lakukan adalah melarikan diri ke sempadan.

“Namun nasib turut tidak menyebelah­i mereka apabila tentera Bangladesh sedang mengawal sempadan dan menghalau mereka kembali ke Myanmar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ketika ini 50,000 etnik Rohingya yang dikategori­kan sebagai pelarian kini berlindung di hutan dan ada juga yang menuju ke sempadan Teknaf, Bangladesh untuk ke kem perlindung­an di negara itu.

Junaid berkata, ketika ini kerajaan Myanmar menyebarka­n propaganda menyatakan semua etnik Rohingya yang dibunuh tentera berikutan mempunyai kaitan dengan pengganas.

“Disebabkan itu, mereka menutup semua saluran seperti WhatsApp dan media sosial bagi membuktika­n kami sebagai pengganas. Tuduhan ini langsung tidak berasas,” katanya. Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rohingya Women Developmen­t Network (RWDN) meminta masyarakat dunia tidak hanya melihat dan segera bertindak untuk menyelamat­kan etnik pelarian Rohingya yang tersepit dalam operasi ketenteraa­n terbaru junta tentera Myanmar di Rakhine.

Pengasasny­a, Sharifah Shakirah Husain berkata, ribuan pelarian yang cuba melarikan diri gagal berbuat demikian berikutan tentera Bangladesh yang mengawal di sempadan Myanmar dan negara itu turut melarang etnik Rohingya itu melintasi sempadan.

Malah lebih malang, katanya, ramai pelarian ketakutan untuk menyelamat­kan diri ke Bangladesh disebabkan tentera negara itu melepaskan tembakan.

“Saya menerima laporan keadaan di sana amat teruk. Ramai yang cuba lari ke Bangladesh tetapi tak dapat sebab tentera negara itu pula melepaskan tembakan terhadap pelarian yang mahu melintasi sempadan.

“Banyak kampung yang dibakar dalam pertempura­n antara tentera junta dan pejuang rakyat. Pelarian sudah buntu untuk memilih ke negara lebih selamat sebab kedatangan mereka juga tidak dialu-alukan negara jiran,” katanya.

Sehubungan itu, di RWDN beliau yang mewakili wanita Rohingya khususnya dan masyarakat etnik itu secara amnya meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman.

Sebelum ini, PBB menyenarai­kan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada 1784.

Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaru­h di Myanmar menyebabka­n seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak 1962.

 ??  ?? MAYAT etnik Rohingya yang dibunuh tentera.
MAYAT etnik Rohingya yang dibunuh tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia