Harian Metro

Tunang menangis

40 penagih ‘port mi segera’ dicekup

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor anbia@hmetro.com.my

Usung bersama tunang wanita ke sarang penagihan dadah dikenali sebagai ‘port mi segera’ terletak di kawasan belukar di Semenyih, di sini.

Itu tindakan tidak wajar seorang pemuda berusia 20-an yang memberitah­u bakal melangsung­kan perkahwina­nnya pada Disember ini.

Pasangan itu antara sekumpulan 40 penagih dadah yang diberkas dalam operasi pasukan Special Tactical Response & Investigat­ion Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di lokasi yang menjadi pusat perjumpaan penagih dadah terbesar di daerah ini.

Dalam operasi bermula jam 6 pagi hingga jam 3 petang semalam, pihak STRIKE berjaya menahan 40 individu yang berkumpul di kawasan belukar berkenaan.

Jurucakap AADK berkata, semua suspek diarah menjalani ujian air kencing sebelum 35 suspek disahkan positif menagih ganja, morfin dan syabu.

Menurutnya, semua suspek datang ke lokasi itu dengan menaiki empat kereta dan 23 motosikal.

“Lokasi itu terkenal dengan jolokan ‘port mi segera’ kerana pelanggan akan muncul dalam tempoh singkat untuk mendapatka­n bekalan dadah sebelum beredar pergi.

“Turut ditahan, pasangan kekasih yang sudah bertunang dan bakal melangsung­kan perkahwina­n.

“Siasatan mendapati wanita terbabit hanya menemani tunangnya ke lokasi itu untuk mengambil dadah,” katanya.

Menurutnya, wanita itu yang terkejut apabila turut sama diberkas AADK bersama penagih lain hanya menangis teresak-esak.

 ??  ?? SERAMAI 40 penagih ditahan STRIKE AADK di Semenyiih.
SERAMAI 40 penagih ditahan STRIKE AADK di Semenyiih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia