Harian Metro

4 cedera bas UPSI terbalik

-

Hulu Bernam: Empat cedera termasuk tiga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan susur masuk Plaza Tol Tanjung Malim, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, kemalangan membabitka­n bas UPSI dinaiki tujuh penumpang termasuk pemandu selain sebuah kereta model Toyota Vios dan Perodua Kelisa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Vios dipandu wanita berusia 27 tahun hilang kawalan di kawasan selekoh lalu melanggar belakang bas menyebabka­n bas itu terbalik.

“Pada masa sama kereta Perodua Kelisa dari arah belakang cuba mengelak kemalangan itu namun terbabas dengan melanggar penghadang jalan sebelah kanan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Toyota Vios yang dikenali sebagai Aidah Najwa Abdul Ghani, cedera di bahagian pergelanga­n tangan dan lutut kiri manakala tiga penumpang bas cedera di beberapa anggota badan.

Dalam pada itu, Lim berkata, sebuah kereta Proton Perdana dinaiki pemandu bahagian Pengangkut­an UPSI dilarikan seorang lelaki tidak dikenali ketika pemiliknya cuba menyelamat­kan penumpang di dalam bas berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

 ??  ?? KEADAAN bas UPSI terbalik setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan.
KEADAAN bas UPSI terbalik setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia