Harian Metro

25 tahun suami asyik naik tangan

-

Subang Jaya: Perkahwina­n yang dibina atas dasar cinta bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita berusia 47 tahun apabila dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 25 tahun lalu.

Dia bukan saja didera mental dan fizikal, malah lebih malang lagi anaknya kini trauma apabila kerap melihat perlakuan ganas bapa mereka itu.

Sumber berkata, dalam kejadian terbaru Sabtu lalu, mangsa dipukul dan ditolak suaminya kerana pulang lambat selepas menghantar adiknya ke Kompleks Tabung Haji untuk menunaikan ibadat haji.

“Mangsa dipercayai pulang lambat ke rumah menyebabka­n suaminya tidak berpuas hati sebelum bertindak menolak dan memukul mangsa sehingga cedera.

“Tidak cukup dengan itu mangsa turut ditindih, selain dicekik sekuat hati oleh suaminya. Mangsa bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri selepas meronta,” katanya.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa cedera di bahagian muka dan badan, selain terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik.

Menurut sumber, mangsa yang tidak tahan dengan sikap baran suaminya itu pernah meminta cerai namun tidak diendahkan suspek.

“Susulan tidak tahan didera, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kekasaran terbaru dialaminya itu.

“Mangsa kini dalam keadaan trauma dan difahamkan suspek sudah ditahan polis untuk pendakwaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia