Harian Metro

Kembara tiga sahabat

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

 Berbasikal ke negeri di selatan tanah air sambil kibar

Jalur Gemilang, sampaikan sumbangan di rumah anak yatim

Semangat cinta pada negara menjadi pembakar semangat kepada tiga sahabat untuk mengembara ke negeri di selatan tanah air sambil mengibarka­n Jalur Gemilang dan menyampaik­an sumbangan kepada beberapa rumah anak yatim.

Mereka memulakan perjalanan dengan menunggang basikal dan menaiki pengangkut­an awam dari Shah Alam, Sabtu lalu menuju ke Muar, Johor, Melaka dan Tampin, Negeri Sembilan.

Mussori Delail, 61, berkata, sepanjang kembara, dia ditemani Abd Rahman Abd Latif, 53, dan Fauzi Mohd Nor, 50-an.

“Kami menaiki pengangkut­an awam ke Muar. Kami bercadang untuk berkayuh ke semua destinasi, namun faktor usia dan keselamata­n membataska­n perancanga­n itu.

“Selepas tiba di destinasi berkenaan, kami berkayuh ke rumah anak yatim yang sudah dikenal pasti untuk sampaikan sumbangan yang kami kumpul sambil kibarkan Jalur Gemilang untuk menyemarak­kan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

“Kami berkayuh sejauh kira-kira 100 kilometer sepanjang kembara ini,” katanya ditemui selepas menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Payasum, Sungai Udang di sini, semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, mereka meneruskan perjalanan ke stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Tampin untuk menaiki komuter seterusnya pulang ke rumah masing-masing di Shah Alam.

Sementara itu, Fauzi berkata, pelbagai pengalaman berharga ditempuh sepanjang kembara seperti bertemu dengan golongan muda dan veteran sambil berkongsi kisah kemerdekaa­n negara.

Dia berharap apa yang mereka lakukan menjadi Kuala Lumpur: Kemeriahan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tidak menghalang lebih 200 penduduk menghadiri Program ‘Kopi O Ubi Rebus’ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, malam kelmarin.

Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya (MPWKM) Datuk Zurainah Musa berkata, lebih menarik lagi, program itu menyelitka­n wayang pacak, aktiviti yang pernah dilakukan masyarakat tempatan suatu ketika dulu.

“Sebenarnya program ini dilakukan di semua 13 parlimen seluruh Kuala Lumpur secara serentak dan di sini, kami memilih Sekolah Menengah contoh kepada generasi masa kini dalam melahirkan belia lebih prihatin, bertanggun­gjawab dan memiliki semangat cintakan negara yang tinggi.

“Sepanjang kembara, kami bermalam di beberapa surau, bukan sekadar menumpang sebaliknya kami turut melakukan kerja amal,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri Mussori, Abd Rahman dan Fauzi ketika ditemui di Alor Gajah selepas berkayuh dari Muar menuju ke Tampin dan seterusnya ke Shah Alam.
DARI kiri Mussori, Abd Rahman dan Fauzi ketika ditemui di Alor Gajah selepas berkayuh dari Muar menuju ke Tampin dan seterusnya ke Shah Alam.
 ??  ?? ANTARA penduduk yang hadir mengibarka­n Jalur Gemilang ketika Program Kopi O’ Ubi Rebus sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, malam kelmarin.
ANTARA penduduk yang hadir mengibarka­n Jalur Gemilang ketika Program Kopi O’ Ubi Rebus sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia