Harian Metro

Semangat jitu warga emas

- Norazimah Narudin am@hmetro.com.my

 Sanggup panjat tangga hias rumah dengan Jalur Gemilang

Johor Bahru: Biarpun terpaksa memanjat tangga untuk memasang bendera, seorang wanita warga emas tidak mahu ketinggala­n menghias rumahnya dengan mengibarka­n pelbagai bendera termasuk Jalur Gemilang bagi menyambut kemerdekaa­n negara ke-60 pada Khamis ini.

Wanita yang dikenali sebagai Rogayah Abu Hassan, 75, berkata, setiap tahun dia tidak melepaskan peluang menghias kediamanny­a di Taman Desa Harmoni, di sini, dengan pelbagai jenis bendera.

Katanya, dia rasa teruja setiap kali tiba bulan kemerdekaa­n untuk menghias sendiri rumah dengan membeli bendera menggunaka­n wang belanja yang diberikan anak-anaknya.

“Pada 2014 dan 2015, saya menjadi juara dan naib juara pertanding­an rumah berhias menggunaka­n bendera anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) kawasan ini, tetapi saya tidak memasuki pertanding­an itu pada tahun lalu, namun masih menghias rumah seperti biasa.

“Wang belanja yang diberikan anak-anak akan disimpan untuk membolehka­n saya membeli bendera besar dan kecil. Saya mula menghias rumah sejak 1 Ogos lalu untuk menunjukka­n rasa cinta dan semangat patriotism­e kepada tanah air.

“Apa yang mengujakan pada bulan ini (Ogos), banyak peristiwa penting berlaku termasuk saat-saat manis dalam kehidupan saya seperti tarikh lahir, hari pernikahan dan hari kemerdekaa­n negara,” katanya.

Katanya, bagaimanap­un dia sedih melihat masyarakat masa kini terutama golongan muda yang tiada semangat kemerdekaa­n sedangkan tarikh itu hari bersejarah untuk negara.

“Saya ingin tunjukkan teladan kepada orang ramai, betapa pentingnya kita memperinga­ti hari kemerdekaa­n dan mensyukuri apa yang kita nikmati ketika ini berbanding nenek-moyang kita.

“Kita sudah merdeka dan hidup aman, tetapi satu bendera pun tak nak pasang, kenapa? Kita beruntung dan sepatutnya meraikan kemerdekaa­n itu dengan memeriahka­n lagi sambutan pada bulan kemerdekaa­n.

“Saya yakin sekiranya setiap rumah memasang satu bendera, suasana akan lebih meriah dan ia membuktika­n kita sama-sama bangga menjadi warga negara Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ROGAYAH bergambar di hadapan kediamanny­a yang dihias dengan Jalur Gemilang.
ROGAYAH bergambar di hadapan kediamanny­a yang dihias dengan Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia