Harian Metro

Rai bersama anak istimewa

-

Johor Bahru: Kekurangan yang dialami 30 orang kurang upaya (OKU) tidak mematahkan semangat mereka untuk menzahirka­n perasaan cintakan negara dengan mempamerka­n keterujaan menyambut Hari Kebangsaan 2017 pada masyarakat lain di Hutan Bandar Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT), di sini, Sabtu lalu.

Program anjuran Persatuan Rakan Celik PIPI

Johor Bahru itu diadakan buat kali ketiga dan menerima sambutan amat menggalakk­an.

Timbalan Pengerusi Persatuan Rakan Celik PIPI Mohd Ashari Sidon berkata, program itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada ahli persatuan menunjukka­n rasa cinta kepada negara dengan cara tersendiri.

“Walaupun mereka bukan orang kuat, tetapi semangat mereka mengagumka­n. Hari ini, apa yang kita lihat kesedaran orang ramai terhadap golongan OKU yang turut mahu merasai kemeriahan sambutan merdeka sekali gus menzahirka­n rasa kecintaan kepada negara.

“Menerusi program ini, kita bawa golongan ini berkumpul di padang bagi membolehka­n mereka mengibarka­n bendera, berarak sambil menyanyika­n lagu patriotik dan mereka dilihat amat seronok sekali.

“Sejak penganjura­n program tahunan ini, orang ramai ada mendekati mereka dan berjumpa persatuan untuk menyumbang serta mahu mengetahui lebih lanjut,” katanya.

Program bermula jam 8 pagi itu disempurna­kan Ketua Bahagian MCA Gelang Patah Datuk Jason Teoh Sew Hock.

Hadir sama, Ahli Majlis MPJBT Datuk Seri Kowa Cher Chiang dan Ketua Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sultanah Aminah (HSA) S Peremalath­a yang juga penasihat persatuan itu.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk tarian poco-poco, pertanding­an menghias kereta sorong bayi atau kerusi roda mengikut tema kemerdekaa­n, pertanding­an melukis dan mewarna, kuiz serta sukaneka.

Seramai 100 orang termasuk keluarga golongan OKU menyertai program yang mendapat sumbangan perseorang­an dan restoran makanan segera, McDonalds.

 ??  ?? JASON (baju biru) beramah mesra dengan OKU daripada pelbagai kategori yang berkumpul di Hutan Bandar MPJBT.
JASON (baju biru) beramah mesra dengan OKU daripada pelbagai kategori yang berkumpul di Hutan Bandar MPJBT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia