Harian Metro

Imbau nostalgia 1957

-

Kuala Lumpur: Dua petugas yang bertanggun­gjawab menaikkan bendera Tanah Melayu pada hari kemerdekaa­n 31 Ogos 1957 akan berbuat demikian sekali lagi sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017, Khamis ini.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Jabatan Perdana Menteri, Rozainor Ramli berkata, Leftenan Komander (B) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamed Sharif Kalam dan Pegawai Waran 1 (B) Oliver Culvelt Samuel akan hadir dan menaikkan bendera sama seperti yang berlaku 60 tahun lalu.

“Walaupun sudah lama berlalu, detik bersejarah negara 31 Ogos 1957 sentiasa segar dalam ingatan kedua-duanya. Jadi, bagi mengimbau kembali kenangan itu, kelainan dibawa dalam sambutan tahun ini, selain dapat dilihat generasi muda.

“Momen melepaskan burung merpati oleh penerima Pingat Hang Tuah 1962, Rusnah Aksah turut dipersemba­hkan,” katanya ketika taklimat media sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 di sini, semalam.

Menurutnya, sambutan ulang tahun kemerdekaa­n kali ini bakal menampilka­n kelainan dengan menghidupk­an semula situasi sebenar pada 1957.

“Sambutan kemerdekaa­n kali ini diadakan di Dataran Merdeka, namun kita akan membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembali­kan semula nostalgia sambutan kemerdekaa­n pada 1957.

“Malah, setiap susun atur kedudukan juga dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter,” katanya.

Menurutnya, satu lakonan semula turut diadakan seperti perarakan masuk Tunku Abdul Rahman menggunaka­n kereta antik ke pekarangan stadium.

“Siapa yang membuat laungan tujuh kali Merdeka masih menjadi rahsia dan kejutan pada hari berkenaan. Kami juga menjemput waris kepada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V T Sambanthan, Tun Jugah Barieng dan Tun Mustapha untuk hadir bersama,” katanya.

 ??  ?? SESI raptai persembaha­n padang dari kontinjen PLKN untuk persembaha­n sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.
SESI raptai persembaha­n padang dari kontinjen PLKN untuk persembaha­n sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia