Harian Metro

Sentiasa sedia pelan B

-

 Semua petugas haji siap berdepan situasi di luar jangka menjelang operasi masya’ir

Semua petugas haji perlu bersedia dengan pelan kontingens­i menjelang operasi masya’ir esok biarpun membuat persediaan rapi sejak awal musim haji lagi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah berkata, walaupun operasi haji setiap tahun mempunyai prosedur operasi standard (SOP), ia tetap perlu mempunyai pelan berkenaan.

Menurutnya, ia perlu kerana jika berlaku situasi di luar jangka, kadangkala SOP yang biasa diguna pakai tidak lagi sesuai.

“Ditambah dengan bilangan jemaah lebih ramai pada musim haji ini bukan saja dari Malaysia tetapi dari seluruh dunia, kita perlu bersedia dengan pelan B,” katanya ketika menyampaik­an amanat ringkas kepada petugas haji di ibu pejabat TH, di sini.

Beliau juga menasihatk­an petugas supaya kekal bersemanga­t tinggi dan sentiasa bersabar dalam menyantuni dhuyufurra­hman.

Menurutnya, biarpun sekian lama TH terbabit dalam menguruska­n operasi haji, pelanggann­ya sentiasa berubah setiap tahun.

“Ini antara organisasi yang pelanggann­ya setiap tahun tidak sama, sentiasa berubah. Kita tidak ada pelanggan berulang.

“Jadi, bagaimana baik pun perkhidmat­an kita setiap tahun, pelanggan yang kita uruskan tetap bukan orang sama.

“Contohnya, masalah visa haji baru-baru ini, walaupun kami turun padang memberikan penjelasan sebaik mungkin, ada yang tidak dapat menerimany­a.

“Ini cabaran besar yang kami hadapi tetapi sebagai ketua, saya mengambil tanggungja­wab sepenuhnya terhadap sebarang masalah yang timbul,” katanya.

 ??  ?? JOHAN menyampaik­an amanat ringkas kepada petugas haji di Ibu Pejabat TH di Hotel Al-Janadriyah.
JOHAN menyampaik­an amanat ringkas kepada petugas haji di Ibu Pejabat TH di Hotel Al-Janadriyah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia