Harian Metro

Tinjau perniagaan di Arab Saudi

- Hardi Effendi Yaacob am@hmetro.com.my

Makkah: Prasarana Malaysia (Prasarana), meninjau beberapa peluang perniagaan yang disifatkan cukup strategik dalam usaha memperkuku­hkan operasinya di Arab Saudi.

Ia termasuk pengendali­an operasi kereta api laju (HSR) menghubung­kan dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah, yang dilihat berupaya mengembang­kan operasi syarikat terbabit di negara berkenaan.

Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata, beliau mengambil pendirian optimis, malah yakin syarikat terbabit mampu meneroka lebih banyak peluang perniagaan di Arab Saudi.

Katanya, keyakinan itu bersandark­an maklum balas positif kerajaan Arab Saudi terhadap prestasi cemerlang anak syarikatny­a, Prasarana Integrated Management & Engineerin­g Services (PRIME) yang mengendali­kan operasi tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro - Southern Line (MMMSL).

“Selain MMMSL, kita ada projek konsultasi bersama Metro Makkah, namun ia ditangguhk­an sementara atas sebab tertentu. Malah, kita turut menerima tawaran bekerjasam­a dalam projek kereta api lain (di Arab Saudi). Insya-Allah, kita mengambil pendirian positif dalam perkara ini dan cukup berkeyakin­an terus diberikan peluang oleh Arab Saudi untuk mengembang­kan operasi di negara ini bersandark­an kepada pengalaman dan kepakaran dimiliki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Solat Hajat dan Tahlil Operasi Tren MMMSL Musim Haji 2017 di Al-Abdiya, Arafah, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Masnizam Hisham dan Pengarah Urusan MMMSL, Ahmad Jamaluddin Salleh

Ismail berkata, kejayaan pengoperas­ian tren haji berkenaan sejak 2015 berjaya membuka mata Arab Saudi terhadap keupayaan anak Malaysia mengendali­kan perkhidmat­an kereta api berteknolo­gi tinggi dalam keadaan berdepan pelbagai cabaran termasuk faktor cuaca dan jumlah penumpang yang ramai.

“Prasarana turut dilihat dari sisi berbeza sebagai satu jenama Malaysia di Arab Saudi. Ini memberi impak positif kepada imej negara di peringkat antarabang­sa, lebih-lebih lagi pengoperas­ian MMMSL mendapat tumpuan dunia, khususnya dalam kalangan negara Islam.

“Tanggungja­wab berat kita untuk terus membina jenama ini. Di Arab Saudi, kita mendapat kerjasama penuh pelbagai agensi berkaitan termasuk Kedutaan Malaysia dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE),” katanya.

 ??  ?? DARI kiri Ismail bersama Abdul Jalil, Masnizam dan Penasihat Prasarana Abdulrahma­n Alandijani pada Majlis Solat Hajat dan Tahlil Operasi Tren MMMSL Musim Haji 2017 di Al-Abdiya, kelmarin.
DARI kiri Ismail bersama Abdul Jalil, Masnizam dan Penasihat Prasarana Abdulrahma­n Alandijani pada Majlis Solat Hajat dan Tahlil Operasi Tren MMMSL Musim Haji 2017 di Al-Abdiya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia