Harian Metro

Pegang prinsip dalam al-Quran

-

Makkah: Umat Islam di Malaysia perlu kembali kepada prinsip dan falsafah yang terkandung dalam al-Quran sebagai komponen penting agenda pembinaan negara bangsa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini umat Islam berdepan begitu banyak aura negatif terutama melalui media sosial.

Menurutnya, ia hanya menggalakk­an kepada kebencian, permusuhan dan fitnah hingga merosakkan kemajuan serta kegemilang­an negara yang dibina selama ini.

“Agenda membaca al-Quran satu jam ini adalah simbolik kepada agenda pembinaan negara bangsa.

“Justeru, falsafah 3M perlu dijadikan panduan iaitu membacanya, memahami terjemahan­nya dan mengamalka­nnya,” katanya ketika melancarka­n World#QuranHour Arafah di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH), di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah.

Menurutnya, tema Bangsa Berbudi & Penyayang yang dipilih tahun ini cukup baik kerana rakyat yang penyayang, prihatin dan berbudi bahasa juga sebahagian komponen penting bagi pembinaan negara bangsa.

“Jangan kita mengharapk­an kesempurna­an saja tapi tanya juga apa tanggungja­wab kita untuk sama-sama menyempurn­akan agenda besar negara,” katanya.

World#QuranHour Arafah sempena Hari Wukuf, Khamis ini akan bermula jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang Malaysia).

 ??  ?? DR Asyraf (dua dari kiri) pada pelancaran World#QuranHour Arafah di ibu pejabat TH.
DR Asyraf (dua dari kiri) pada pelancaran World#QuranHour Arafah di ibu pejabat TH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia