Harian Metro

‘Saya reda ketentuan Allah’

-

 Balu askar terkorban dalam Ops Daulat antara jemaah terakhir ke Tanah Suci

“Walaupun sedih tidak dapat menunaikan ibadat haji bersama arwah suami, saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” kata ibu tunggal Siti Bandorah Mahalil, 43.

Dia antara 483 jemaah haji penerbanga­n terakhir KT80 yang berangkat dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci, jam 11 pagi semalam.

Siti Bandorah berkata, arwah suaminya Abd Azis Sarikon adalah anggota ATM yang terkorban ketika Ops Daulat di Lahad Datu pada 2013.

“Sebelum arwah suami meninggal dunia saya sudahpun mendaftar haji bersamanya, tetapi tidak menyangka dia terkorban ketika bertugas.

“Walaupun sedih dan terkesan dengan kehilangan­nya sehingga kini, saya akur apa yang ditetapkan Allah SWT,” katanya di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika mendapat tahu suaminya ditugaskan untuk Ops Daulat, dia berasa tidak sedap hati dan bertawakal kepada Allah kerana sedar pelbagai kemungkina­n boleh berlaku.

“Demi tanggungja­wab yang perlu digalas arwah suami, saya akur walaupun sedih apabila teringat janji kami untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci bersama-sama.

“Sememangny­a saya dan anak terkesan atas kehilangan­nya, namun saya bersyukur diberi peluang menunaikan ibadat haji tahun ini bersama anak bongsu, Mohd Faridzulhe­lmy, 23,” katanya.

Siti Bandorah berkata, dia menggunaka­n hasil peninggala­n arwah suaminya untuk membawa anak pergi menunaikan haji bersama-sama.

“Alhamdulil­lah hasil peninggala­n arwah suami membolehka­n saya membawa anak ke Tanah Suci buat kali pertama sebagai penggantin­ya.

“Seperti jemaah lain, saya berharap memperoleh haji mabrur di samping mendoakan kesejahter­aan buat arwah suami yang berkorban demi menjaga keselamata­n negara,” katanya yang menetap di Semporna, Sabah.

 ??  ?? SITI Bandorah bersama anaknya Mohd Faridzulhe­lmy mengemaska­n beg sebelum berangkat ke KLIA.
SITI Bandorah bersama anaknya Mohd Faridzulhe­lmy mengemaska­n beg sebelum berangkat ke KLIA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia