Harian Metro

LHDN diarah fail petisyen terhadap Shaheizy Sam

-

Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.

Peguam hasil, Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata, tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar, semalam.

“Mahkamah mengarahka­n pihak LHDN supaya memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.

“Selepas petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengara­n kes ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai hadir prosiding kes. Beliau berkata, pada prosiding semalam, Shaheizy diwakili peguam Syafinah Taib.

LHDN sebelum ini berkata, tindakan mereka mengiklank­an notis kebankrapa­n pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubunga­n Awam Media LHDN, Masrun Maslim dipetik sebagai berkata, notis itu diterbitka­n selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainy­a.

Bagaimanap­un, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataann­ya kepada media sebelum ini mengakui tidak tahu-menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Dakwanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini mengenai isu berkenaan.

 ??  ?? MOHAMAD Ezmeer Zulkarnaen (tengah) memfailkan notis bankrap terhadap Shaheizy Sam di mahkamah.
MOHAMAD Ezmeer Zulkarnaen (tengah) memfailkan notis bankrap terhadap Shaheizy Sam di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia