Harian Metro

UniMAP tak pinggir pelajar dari Perlis Cara cikgu Cynthia berkesan

- Syah Rul Aswari Abdullah srul@hmetro.com.my

Arau: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak pernah meminggirk­an mana-mana pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Perlis atau negeri lain untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan.

Naib Canselorny­a Prof Datuk Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kemasukan pelajar lepasan SPM untuk pengajian diploma dan ijazah sarjana muda di universiti itu adalah berpusat dan tidak ditentukan oleh pihaknya.

“Umum maklum bahawa untuk memasuki mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia, mereka perlu mengisi lapan pilihan pengajian dalam UPU (Unit Pengambila­n Universiti).

“Jadi, pengambila­n pelajar lepasan SPM untuk ke universiti adalah bergantung kepada pilihan pelajar itu sendiri, malah UniMAP tidak pernah meminggirk­an sesiapa,” katanya ditemui pada Majlis Taklimat Bersama Tokoh sempena Minggu Suai Kenal Pelajar Baru UniMAP di Dewan Ilmu, UniMAP Kampus Pauh Putra, di sini, semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dijemput bagi menyampaik­an taklimat berkenaan yang dihadiri lebih 2,700 mahasiswa dan kakitangan UniMAP.

Menurutnya, UniMAP adalah universiti berteraska­n pengajian kejurutera­an dan pelajar yang memasukiny­a terdiri daripada mereka yang berlatar belakangka­n aliran sains tulen.

“Sebanyak 90 peratus program yang ditawarkan di UniMAP adalah kejurutera­an dan kita cuma ada dua saja program selain kejurutera­an di UniMAP iaitu Perniagaan Antarabang­sa dan Media Baharu.

“Sebenarnya, tidak timbul isu sebegini kerana jika diteliti, di Perlis cuma ada berapa sekolah yang beraliran sains tulen di peringkat SPM dan sekiranya mereka ingin menyambung pengajian dalam bidang kejurutera­an, semestinya aliran sains yang diutamakan berbanding aliran lain.

“Itu belum dikira pelajar lepasan SPM negeri ini yang berminat untuk menceburi bidang selain kejurutera­an yang ditawarkan oleh UA di negeri lain,” katanya.

Zul Azhar berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai dakwaan segelintir pihak mengatakan UniMAP seolah-olah meminggirk­an anak negeri itu daripada menyambung pengajian di universiti berkenaan.

Menurut beliau, pada kemasukan penuntut sesi 2017/2018, 2,625 tempat ditawarkan dengan pecahan 1,296 mahasiswa dan 1,329 mahasiswi.

Seramai 538 pelajar dari Kedah menyambung pengajian di UniMAP diikuti 419 dari Pulau Pinang, Perak (407), Selangor (298), Kelantan (195), Johor (162), Terengganu (112), dan 108 dari Pahang.

Pada masa sama, seramai 92 mahasiswa dan mahasiswi dari Perlis menyambung pengajian di UniMAP dan selebihnya dari negeri lain.

“Ketika berkhidmat selama 10 bulan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gudon, saya pernah mengadakan projek Kaedah ini membantu murid tahun enam menguasai penulisan Bahasa Inggeris sehingga keputusan subjek itu mencatatka­n peningkata­n 15 peratus pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2016 berbanding tahun sebelumnya.”

Begitu kata Cynthia Cindy James, 38, penerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris Hyacinth Gaudart Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) pada Persidanga­n Antarabang­sa MELTA ke-26 2017, di sini, semalam.

Cynthia Cindy yang kini bertugas sebagai Pegawai Bahasa Inggeris di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu berkata, projek

membolehka­n kanak-kanak mengambil gambar dan memuat naik imej itu dengan kapsyen ringkas ke dalam blog.

Katanya, ia dibuat menerusi platform di mana kawalan kandungann­ya lebih selamat kerana beliau akan memberi kata laluan kepada murid, sekali gus ibu bapa juga boleh memantau perkembang­an pembelajar­an anak mereka.

“Saya memberi kebebasan kepada murid mengambil apa saja gambar di waktu luar kelas dan memuat naik imej itu. Daripada hanya kapsyen, murid belajar menulis satu perenggan dalam Bahasa Inggeris dan seterusnya ia berkembang menjadi satu cerita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah itu yang disampaika­n Penaung Diraja MELTA Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris

 Guru bantu murid tahun enam kuasai penulisan Bahasa Inggeris terima anugerah

Shah.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Katanya, beliau pernah mengemukak­an

kepada Program Penyelidik­an Guru Cambridge University Press sehingga terpilih untuk membentang­kannya pada Persidanga­n Persatuan Antarabang­sa Guru Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Asing (IATEFL) di Birmingham, United Kingdom pada April 2015.

“Projek ini amat istimewa buat saya, ia seakan-akan jurnal untuk murid. Mereka bebas menggunaka­n kreativiti sama ada untuk menulis karangan dalam apa juga bidang yang diminati termasuk kisah fiksyen,” katanya.

Anugerah Guru Bahasa Inggeris Hyacinth Gaudart MELTA diwujudkan pada Mei 2001 sebagai menghargai sumbangan guru Bahasa Inggeris.

 ??  ?? RAJA Zarith Sofiah menyampaik­an anugerah kepada Cynthia (kanan) pada Majlis Perasmian Persidanga­n Antarabang­sa MELTA 2017 di Kota Kinabalu, semalam.
RAJA Zarith Sofiah menyampaik­an anugerah kepada Cynthia (kanan) pada Majlis Perasmian Persidanga­n Antarabang­sa MELTA 2017 di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia