Harian Metro

Bantulah Nurul Natasha...

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

 Nelayan berpendapa­tan RM400 sebulan rayu sumbangan RM80,000 untuk bedah jantung anak

“Saya memohon belas ihsan semua pihak supaya dapat membantu dan menghulurk­an sumbangan membiayai kos pembedahan jantung anak berjumlah RM80,000.

“Pembedahan itu sepatutnya dilakukan pada 15 Disember 2015, tetapi banyak kali ditangguh kerana kerja sebagai nelayan, saya memang tidak mampu untuk menyediaka­n kos sebanyak itu,” kata bapa tunggal, Rudi Abdul Wahab, 39.

Dia yang tinggal di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu, memohon bantuan orang ramai untuk menampung kos pembedahan anaknya, Nurul Natasha Nadia, 12, yang mempunyai masalah jantung berlubang congenital asianotik sejak lahir.

“Anak saya memerlukan rawatan susulan dan berterusan namun kami menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan rawatan perubatan di mana-mana hospital termasuk Institut Jantung Negara (IJN),” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, dalam pembedahan pertama sebelum ini, pihak hospital menutup satu daripada tiga lubang pada jantung anaknya dengan kos RM42,000.

“Isteri saya meninggal dunia ketika melahirkan Nurul Natasha dan saya perlu menguruska­n anak sendirian, kadangkala dibantu ibu bapa yang sudah tua.

“Setakat ini, saya sudah berusaha dan hanya memperoleh RM9,000, jumlahnya masih jauh bagi urusan rawatan serta pembedahan diperlukan segera bagi menyelamat­kan anak saya,” katanya.

Pendapatan bulanannya pula tidak menentu, hanya sekitar RM400 sebulan dan turut menanggung seorang lagi anak perempuan berusia 14 tahun.

Sementara itu, Rudi berkata, keadaan anaknya bertambah kronik memandangk­an dia mempunyai masalah buah pinggang ketika berusia sembilan tahun dan berkemungk­inan dibuang pada bila-bila masa.

“Keadaanya memang sentiasa sakit dan badan semakin susut. Melihat keadaannya saya sentiasa berada dalam kebimbanga­n,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubung­i Rudi di talian 011-25581043.

 ??  ?? RUDI memerlukan sumbangan untuk membiayai kos pembedahan jantung Nurul Natasha berjumlah RM80,000.
RUDI memerlukan sumbangan untuk membiayai kos pembedahan jantung Nurul Natasha berjumlah RM80,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia