Harian Metro

Terlantar harap ihsan kakak

-

Bukit Mertajam: Seorang nelayan berusia 36 tahun hanya terlantar dan tidak boleh bergerak selepas terbabit kemalangan pada November tahun lalu.

Siti Hazah Salleh, 49, berkata, dia bersimpati dengan nasib menimpa adiknya, Mohd Fariz, yang terlantar di rumah mereka di Kuala Juru sejak Januari lalu.

Siti Hazah berkata, Mohd Fariz lemah dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan seharian.

“Kemalangan itu mengakibat­kan pendarahan dalam kepala Mohd Fariz menyebabka­n dia perlu menjalani pembedahan membuang tempurung kepala di Hospital Pulau Pinang (HPP) selain paru-parunya dijangkiti kuman.

“Setiap tiga bulan, Mohd Fariz perlu mendapatka­n rawatan susulan di HPP,” katanya.

Menurutnya, Mohd Fariz berpisah dengan isterinya hampir tiga tahun lalu.

“Akibat terlantar, bahagian bawah punggung Mohd Fariz luka dan berkudis, ia perlu dicuci dan menelan kos perubatan tinggi.

“Kini Mohd Fariz membuang air kecil dan minum susu menggunaka­n tiub, malah susu khasnya berharga RM70. Ia mahal dan pendapatan kami tidak besar. Suami saya, Norzli Noor yang berumur 53 tahun hanya bekerja sebagai pengawal keselamata­n,” katanya.

Siti Hazah berkata, walaupun agak membebanka­n, namun adik-beradiknya tidak pernah mengabaika­n kebajikan Mohd Fariz.

Orang ramai yang ingin meringanka­n beban Mohd Fariz boleh menghubung­i Siti Hazah Salleh di talian 0174669641.

 ??  ?? MOHD Fariz terlantar di atas katil di rumahnya.
MOHD Fariz terlantar di atas katil di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia