Harian Metro

Sembilan sekeluarga dapat rumah baru

-

Kota Bharu: “Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana masih ada yang sudi bantu bina rumah baru untuk saya sekeluarga.

“Jika nak harapkan kami, memang tidak mampu,” kata mangsa kebakaran, Rohaini Yusof, 59, ketika ditemui di tapak rumahnya di Ketereh, di sini, semalam.

Rumah dihuni Rohaini bersama sembilan ahli keluargany­a hangus dalam kebakaran awal Ramadan lalu. Justeru, dia kini menyewa di rumah terletak dua kilometer dari tapak rumahnya.

Katanya, dia hanya berniaga kecil-kecilan dan tidak mampu membina rumah baru.

“Saya berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Tan Sri Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh) kerana sudi membantu,” katanya ketika ditemui selepas Program Jiwa Murni Bina Rumah Terbakar bersama ATM di Ketereh, di sini, semalam.

Mengimbas kejadian itu, Rohaini berkata, dia mengambil wuduk sekitar jam 9.30 malam sebelum keluar dari tandas dan melihat api dari bilik rumahnya.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, dia sempat menarik cucunya keluar dari rumah.

“Saya tidak sempat menyalamat­kan barang berharga, malah dua kereta Perodua Myvi dan Kancil milik anak hangus terbakar bersama empat motosikal.

“Kami semua selamat. Saya bersyukur dan hari ini (semalam) saya berterima kasih kepada ATM kerana sudi membina rumah untuk kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Nazari Abd Hadi berkata, program PJM itu diadakan menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

 ??  ?? ANNUAR (tiga dari dan Nazari (dua dari kiri) beramah mesra dengan Rohaini.
ANNUAR (tiga dari dan Nazari (dua dari kiri) beramah mesra dengan Rohaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia