Harian Metro

Elak kesilapan negara maju

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Tuntutan material, nilai sosial perlu perimbanga­n

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perimbanga­n perlu ada antara tuntutan material dan nilai sosial supaya Ma- laysia tidak menjadi sebuah negara yang hancur.

“Saya memberi penekanan kepada perimbanga­n kerana ini realiti yang dihadapi banyak negara maju yang seharusnya kita belajar daripada kesilapan mereka untuk tidak berlaku kesilapan sama di negara kita.

“(Ini) supaya negara kita tidak menjadi negara yang hancur apabila dari segi infrastruk­turnya hebat tetapi meninggalk­an institusi kekeluarga­an dengan menghantar­kan ibu bapanya yang telah tua ke rumah orang tua.

“Tidak ada lagi nilai sosial di mana seorang ibu boleh menjaga sembilan anak tetapi belum tentu sembilan anak boleh menjaga seorang ibu. Kita tidak mahu nilai itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Perasmian Konvensyen Pembanguna­n Luar Bandar 2017 di Hotel Seri Pacific, semalam. Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Konvensyen itu julung kali diadakan oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi mendapatka­n pandangan dan aspirasi pihak berkepenti­ngan dalam merangka dasar serta hala tuju pembanguna­n luar bandar bagi tempoh sehingga 2050.

Ahmad Zahid berkata, apabila nilai materialis­tik menjadi keutamaan, tidak akan ada roh keMelayuan dan kebumipute­raan, bahkan tidak akan ada lagi nilai tradisiona­l untuk dipertahan­kan.

 ?? Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ?? Tidak ada lagi nilai sosial di mana seorang ibu boleh menjaga sembilan anak tetapi belum tentu sembilan anak boleh menjaga seorang ibu. Kita tidak mahu nilai itu”
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Tidak ada lagi nilai sosial di mana seorang ibu boleh menjaga sembilan anak tetapi belum tentu sembilan anak boleh menjaga seorang ibu. Kita tidak mahu nilai itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia