Harian Metro

‘Tempoh 48 jam sudah tamat’

-

Putrajaya: Tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan ditentukan dalam mesyuarat kepemimpin­an tertinggi suruhanjay­a itu 4 September depan.

Ketua Pesuruhjay­anya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, tempoh 48 jam yang diberi pada 25 Ogos lalu sudah tamat dan pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Guan Eng.

“Tempoh 48 jam sudah tamat dan kita berpandang­an dia (Guan Eng) tidak mahu menarik balik (kenyataan) atau memohon maaf, tindakan seterusnya kita akan meneliti semua perkara dan saya akan bermesyuar­at dengan kepemimpin­an tertinggi SPRM pada 4 September ini, kita lihat apa tindakan yang akan diambil.

“Ini isu fitnah kepada agensi kerajaan yang tidak mempunyai kepentinga­n dalam melaksanak­an tugas, jadi kita memandang serius perkara ini.

“Tindakan yang akan diambil adalah mengikut apa yang diperuntuk­kan undang-undang, itu hak kami, kita tidak akan buat lebih dari itu (sebaliknya) apa yang diperuntuk­kan undang-undang dan kita akan buat sama ada dalam bentuk sivil atau jenayah,” katanya pada sidang media pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengguna­an (KPDNKK) di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Timbalanny­a, Datuk Henry Sum Agong dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Seramai 500 kakitangan KPDNKK dan agensi di bawahnya melafazkan IBR bersempena dengan Majlis Perhimpuna­n Bulanan KPDNKK Dan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaa­n anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia