Harian Metro

Orang pemaaf antara penghuni syurga

-

Apakah perasaan kita apabila pernah seorang rakan berselisih faham lalu dipulaunya kita bertahunta­hun lamanya, mungkin ada yang pernah menghina bentuk fizikal kita, mengeluark­an kata-kata kesat serta paling sedih, pernah memukul kita.

Ketika itu apa tindakan kita? Adakah hanya membiarkan saja atau membalas semula semua tindakan itu?

Sememangny­a menjadi satu perkara yang amat sukar dan berat bagi kita untuk melupa serta memaafkan kesalahan dilakukan orang lain terhadap kita.

Namun, apabila dapat ruang bertenang dan berfikir kembali, terlalu besar kesannya jika kita memiliki sifat sabar dan pemaaf.

Benar, siapa yang sanggup dan dapat melupakan tindak-tanduk individu yang pernah memalukan atau melukakan hati kita.

Ketika itu, hendak saja dibalas setiap makian, fitnah, tohmah atau hinaan yang dilemparka­n terhadap diri.

Bagaimanap­un, kita perlu sentiasa ingat ganjaran yang Allah SWT sediakan buat mereka yang memberi kemaafan ini sangat tinggi di sisi-Nya.

Sifat memaafkan sebenarnya disenaraik­an Allah SWT antara sifat penghuni syurga. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjaka­n amal yang yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermaka­n hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahann­ya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya­i diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun di atas dosa mereka. Dan siapakah yang paling berhak mengampuni dosa melainkan Allah? Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada

Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.” (Surah Ali

Imran, ayat 133-136)

Sifat pemaaf juga adalah tingkah laku yang menjadi amalan golongan nabi. Sebab itu, Islam menyaranka­n umatnya supaya sentiasa berhatihat­i dalam setiap tutur bicara dan tingkah laku sehingga boleh menyebabka­n orang lain berasa tidak senang.

Memberi maaf ini mesti dilakukan dengan penuh rasa rendah diri tanpa menuntut sebarang balasan.

Begitulah indahnya jika amalan itu dapat meresapi dalam diri setiap Muslim. Sikap memaafkan serta berlapang dada ini tidak akan mengurangk­an sedikit pun harga diri serta maruah.

Itulah kebaikan yang perlu sentiasa dipasakkan dalam diri golongan yang mahu dikasihi Allah SWT.

Mereka juga sentiasa diberikan kesabaran serta kebijaksan­aan untuk mengimbang­i diri ketika dibenci atau dicaci orang lain.

Malah jiwa mereka cukup sukar untuk ‘ditembusi’ perasaan mudah tersinggun­g dengan sebarang bentuk provokasi yang menimpa dirinya.

Allah SWT menjelaska­n dalam Surah asy-Syura, ayat 43 yang bermaksud: “Tetapi sesiapa bersabar dan memaafkan, sesungguhn­ya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahka­n orang lain, tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal emosinya ketika marah.” (Diriwayatk­an oleh Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia