Harian Metro

Harap sistem diperluas

 Program prapelepas­an untuk imbasan awal jemaah mudahkan warga Malaysia beribadat

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Malaysia berharap pelaksanaa­n program prapelepas­an untuk imbasan awal jemaah haji Malaysia tidak hanya dibuat pada musim haji malah turut dilaksanak­an bagi ibadat umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, melalui program rintis itu, ia memudahkan jemaah haji Malaysia apabila diberikan laluan khas sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi kerana pemeriksaa­n dokumen perjalanan sudah dibuat awal di Malaysia.

“Justeru, model ini menjadi tanda aras terhadap keberkesan­an dan uji kaji dilakukan di Malaysia boleh dilaksanak­an pada masa akan datang.

“Pada masa sama, ada juga pandangan yang diterima supaya sistem ini turut dilaksanak­an untuk musim umrah bagi memudahkan jemaah Malaysia,” katanya kepada media selepas menghadiri pelepasan penerbanga­n terakhir jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Seramai 475 jemaah haji terakhir berlepas melalui penerbanga­n Malaysia Airlines MH8004.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan pelaksanaa­n program rintis itu kerana sistem digunakan di Malaysia serta yang dibangunka­n di Arab Saudi sepadan dan tidak semua yang negara mempunyai sistem sama.

“Kita berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang dan dibuat secara menyeluruh bagi memudahkan jemaah,” katanya.

Malaysia negara pertama melaksanak­an projek rintis pelaksanaa­n proses imbasan awal kepada jemaah haji di KLIA yang dimulakan pada 24 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi dilaporkan berkata, menerusi pelaksanaa­n projek itu, pemeriksaa­n imigresen Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia dilakukan di KLIA serta tidak perlu dibuat di Arab Saudi.

Selain itu, Jamil Khir berkata, semua isu kelewatan visa membabitka­n jemaah haji di negara ini berjaya diselesaik­an sepenuhnya.

Katanya, penerbanga­n terakhir itu akan melengkapk­an jumlah seramai 30,200 jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Dalam perkembang­an lain, beliau meminta semua pihak tidak mempercaya­i mesej tular dalam media sosial kononnya tarikh Hari Wukuf adalah pada Jumaat ini.

“Wukuf jatuh pada 9 Zulhijah atau Khamis ini dan sambutan Aidiladha pada 10 Zulhijah iaitu Jumaat,” katanya.

 ??  ?? JAMIL Khir (dua dari kanan) mengucapka­n selamat jalan kepada kumpulan jemaah haji penerbanga­n terakhir ke Tanah Suci.
JAMIL Khir (dua dari kanan) mengucapka­n selamat jalan kepada kumpulan jemaah haji penerbanga­n terakhir ke Tanah Suci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia