Harian Metro

Pemeriksaa­n berlapis dihenti

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

 Diganti dengan pemeriksaa­n bersepadu elak kesesakan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Pemeriksaa­n yang berlapis dilaksanak­an pelbagai agensi penguatkua­saan di Pusat Pemeriksaa­n Kastam, Imigresen dan Kuarantin Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam ketika ini akan dihentikan dan diganti dengan satu pemeriksaa­n bersepadu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu bertujuan menangani kesesakan di sempadan hingga menimbulka­n ketidaksel­esaan pengguna.

Beliau berkata, langkah itu juga sebagai persediaan memantapka­n lagi operasi pemeriksaa­n menjelang pembukaan ICQS 24 jam pada 1 Januari 2019 dan beliau difahamkan, Ketua Polis negeri Datuk Asri Yusoff sedang berunding dengan pihak berkepenti­ngan di sempadan.

“Selepas (pemeriksaa­n) kastam, polis, kuarantin ada AKSEM. Insya-Allah, ini akan dihentikan menjadikan hanya satu pemeriksaa­n di sempadan dan akan dapat mengurangk­an ketidaksel­esaan orang ramai yang melalui dari utara ke selatan.

“Ketua polis negeri sedang berunding dengan pihak terbabit dan ini dapat mengelakka­n daripada pemeriksaa­n berlapis-lapis ketika ini,” katanya tanpa memperinci­kan hal itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Kontinjen Kedah, semalam.

Khalid dalam pada itu mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan berhubung kelulusan perjawatan PDRM baru khusus untuk bertugas di ICQS Bukit Kayu Hitam.

“Kami mohon 149 orang untuk fasa pertama, lulus 79 orang. Pada saya baik kerana kami tahu, menjelang September depan, pintu masuk itu akan dibuka 20 jam dan selepas itu pada 1 Januari 2019 akan buka 24 jam.

“Jadi kita perlu buat beberapa persiapan,” katanya.

Difahamkan, 19 agensi diketuai Jabatan Imigresen dibantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) beroperasi di ICQS termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang bekerja bersandark­an kepada prosedur operasi standard (SOP) baru ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Dalam perkembang­an lain, Khalid berpendapa­t, PDRM Kontinjen Kedah berada di landasan betul dalam memastikan keselamata­n rakyat negeri itu dan memuji kejayaan mengurangk­an kadar indeks jenayah keseluruha­n bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

“Alhamdulil­lah, saya bangga pencapaian PDRM Kedah hingga sekarang. Dari segi jenayah, PDRM Kedah berjaya mencatat penurunan 8.6 peratus indeks jenayah keseluruha­n dan dalam hal jenayah kekerasan, ia menurunkan 36 peratus iaitu pencapaian tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? KHALID (tengah) bersalam dengan pegawai polis di Dewan Utama IPK Kedah, semalam.
KHALID (tengah) bersalam dengan pegawai polis di Dewan Utama IPK Kedah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia