Harian Metro

Pengusaha bengkel, rakan rugi RM4,000

-

Bharu: Pengusaha bengkel diacu senjata disyaki besi manakala rakan perempuan cedera ringan di muka dan badan selepas disamun di tapak ekspo Lembah Sireh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa kerugian RM4,000 selepas telefon bimbit dan wang tunai RM2,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 25 tahun dan rakannya, 20, didatangi sekumpulan lelaki dan perempuan tidak dikenali menaiki dua kereta Perodua Myvi.

Dua lelaki keluar dari kenderaan dan mengacukan besi ke kepala mangsa dan mengarahka­nnya keluar dari kenderaan jenis sama.

“Mangsa kemudian diarah memberikan telefon bimbit dan wang tunai RM2,000.

“Rakan perempuann­ya kemudian dipukul perempuan yang datang bersama-sama suspek dan menyebabka­n dia calar di muka dan badan.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 5.20 pagi,” katanya, di sini, semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa diajak rakan perempuan berjumpa dengan seorang lelaki dikenali yang juga bekas teman lelaki rakannya.

Katanya, dia mendakwa lelaki itu menyimpan rakaman wanita terbabit ketika menukar pakaian dan bimbang sekiranya ia disebarkan.

“Mangsa diajak rakannya itu untuk menemaniny­a dan berbincang hal berkenaan, malangnya kejadian lain yang berlaku.

“Selepas insiden itu, suspek berhubung dengan mangsa untuk memulangka­n semua barang yang dirampas, namun tidak berbuat demikian. Susulan itu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Ismail berkata, usaha mengesan kumpulan terbabit giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia