Harian Metro

Dituduh buat tuntutan palsu RM65,340

-

Kuantan: Seorang penolong jurutera di Pejabat Tanah dan Daerah Rompin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berhubung kerja pembinaan surau RM65,340 pada Disember tahun lalu.

Tertudu, Mohd Azly Kamrudin, 31, dari Kampung Feri Pontian, Kuala Rompin, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menandatan­gani dokumen perakuan pengesahan kerja yang sudah disiapkan iaitu sebuah surau di perumahan Pontian Jaya berjumlah RM65,340.

Tertuduh didakwa mengetahui dokumen itu mempunyai butiran palsu dan pembinaan surau berkenaan tidak dilaksanak­an sepenuhnya.

Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Daerah Rompin pada 20 Disember 2016, mengikut Sesyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Habibah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah sama dua kakitangan Jabatan Penerangan Pahang mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan makanan dan minuman pada Program Penghayata­n 1Malaysia di Cameron Highlands tiga tahun lalu.

 ??  ?? MOHD Azly (tengah) dibawa anggota SPRM untuk menghadapi pertuduhan.
MOHD Azly (tengah) dibawa anggota SPRM untuk menghadapi pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia