Harian Metro

Keterangan tidak selaras

-

Kuala Terengganu: Bekas pemain bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team terpaksa akur apabila Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menolak rayuan dengan mengekalka­n hukuman penjara dua tahun yang dikenakan sebelum ini.

Tertuduh, Mohd Azuan Hussein, 25, dari Kampung Pak Sik, Keruak, Jertih, Besut, sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi dalam satu kes perbicaraa­n mengatur perlawanan membabitka­n pasukan itu dengan Pahang pada Februari 2010.

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Mac tahun lalu menjatuhka­n hukuman berkenaan selepas Mohd Azuan didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 27(2) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanap­un, Mohd Azuan membuat rayuan sebelum Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menolak rayuan.

Mohd Azuan didakwa memberi keterangan tidak selaras ketika perbicaraa­n kes bekas jurulatihn­ya iaitu K Rajendran dan Sufian Ngah di depan Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen 1 Kuala Terengganu pada 3 Disember 2012.

Dalam perbicaraa­n itu, Mohd Azuan yang juga saksi memberi keterangan, “Sebelum perlawanan dengan Pahang, Sufian Ngah tiada berjanji atau suruh buat apa-apa dalam perlawanan ini”, yang mana keterangan itu tidak selaras dengan penyataan diberikann­ya kepada pegawai SPRM Penolong Kanan Penguasa Ahmad Syukri@ Senek Mustafa di Pejabat SPRM Terengganu pada 4 Jun 2011.

Ketika keterangan­nya diambil sebelum ini, Mohd Azuan memberi keterangan berikut, “Game (perlawanan) seterusnya adalah T-Team menentang pasukan Pahang di Kuantan, juga pada Februari 2010. Sebelum game bermula, Sufian bagi arahan kepada saya, Shaqudin, Azwan Ali, Nizam dan Nazmir supaya T-Team menang. Saya lupa berapa gol mesti menang. Menurut Sufian, jika arahan beliau itu dipatuhi, saya berlima akan diberikan duit oleh bookie.”

 ??  ?? MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu menolak rayuan dan mengekalka­n hukuman penjara dua tahun terhadap Mohd Azuan.
MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu menolak rayuan dan mengekalka­n hukuman penjara dua tahun terhadap Mohd Azuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia