Harian Metro

Stesen minyak gagal kemuka penyata GST didenda RM11,000

-

Alor Setar: Sebuah syarikat yang mengendali­kan stesen minyak di Sungai Petani didenda RM11,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana didapati bersalah gagal mengemukak­an penyata Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) setiap bulan.

Hakim Azman Abu Hassan memutuskan hukuman denda itu selepas Syarikat Neoh Ah Ba Sdn Bhd yang diwakili pengurusny­a, Neoh Eng Koi, 49, mengaku bersalah terhadap semua 11 pertuduhan gagal mengemukak­an penyata GST.

Berdasarka­n 11 pertuduhan itu, syarikat berkenaan didakwa gagal mengemukak­an penyata dalam tempoh yang ditetapkan bagi tempoh bercukai antara 1 April 2015 hingga 30 April tahun lalu.

Semua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Lot 499, Jalan Lencongan Timur, Bandar Amanjaya, Sungai Petani pada 1 Julai 2015, jam 8 pagi.

Syarikat terbabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Neoh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda diringanka­n kerana kesalahann­ya dalam memahami prosedur dalam mengemukak­an penyata GST.

Selain itu, tertuduh memaklumka­n begitu menyesali perbuatan berkenaan dan sudah mematuhi peraturan dengan menghantar penyata GST mengikut tempoh ditetapkan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Unit Tindakan Kriminal Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, D R Karthy Gasadev yang memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada syarikat itu supaya tidak mengambil mudah mengenai penghantar­an penyata GST.

Tertuduh kemudian membayar denda yang dikenakan kepada syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia