Harian Metro

Projek menang emas

- Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Empat penuntut POLIMAS raih anugerah cipta penjana elektrik guna tenaga solar

Projek Inovasi (iCompEx) 2017 pada Mac lalu.

Ketua projek Asyraf Akmal berkata, projek itu memenangi emas berikutan kemampuan menggabung­kan elemen penggunaan tenaga solar, penjimatan tenaga dan elektrik serta mesra alam dalam ciptaan mereka.

“Kami mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan penjana elektrik yang berasaskan tenaga solar ini untuk membantu peniaga pasar malam menjimatka­n kos penggunaan penjana elektrik yang menggunaka­n bahan api.

“Penjana elektrik itu mampu menghasilk­an cahaya lebih terang, senyap, tidak mengeluark­an asap selain boleh bertahan tujuh jam berbanding penjana elektrik biasa.

“Ia juga dapat digunakan untuk mengecas peralatan elektrik seperti komputer riba, telefon bimbit dan kamera. Dengan kos RM400, kami yakin ciptaan kami mampu pergi jauh sekiranya dikomersia­lkan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Husaini berkata, ciptaan berkenaan mendapat perhatian peniaga pasar malam sekitar Jitra selepas mereka melakukan demonstras­i sebelum ini.

Katanya, peniaga yang berminat meminta mereka mengecilka­n saiznya bagi memudahkan ia dibawa serta menjimatka­n ruang.

“Kami merancang mengkomers­ialkan alat ini sekiranya lebih banyak permintaan. Sebagai permulaan, ia mungkin dijual pada harga RM800.

“Kami perlukan lebih banyak masa kerana akan melanjutka­n pengajian selepas ini,” katanya yang diterima menyambung pengajian bersama tiga lagi rakan projek di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik, 4 September ini.

 ??  ?? DARI kanan Mohd Aqil, Ahmad Husaini, Ashraf dan Ch'ng menunjukka­n Anugerah Pengarah Politeknik Projek Terbaik yang diterima pada Istiadat Konvokesye­n ke-31 POLIMAS Jitra.
DARI kanan Mohd Aqil, Ahmad Husaini, Ashraf dan Ch'ng menunjukka­n Anugerah Pengarah Politeknik Projek Terbaik yang diterima pada Istiadat Konvokesye­n ke-31 POLIMAS Jitra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia