Harian Metro

Cari usahawan muda berbakat besar

-

Kuching: Media Prima Berhad (MPB) menerusi Media Prima Labs yakin dapat memberi impak kepada rancangan ekonomi digital yang diperkenal­kan kerajaan Sarawak.

Pengurus Besar Kanan Media Prima Labs dan Operasi MPB Nicholas Sagau berkata, pihaknya berbesar hati kerana dipilih menjadi rakan strategik dalam kempen #InnovateSa­rawak yang dibangunka­n Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

Menurutnya, peluang diberikan TEGAS dan kerajaan Sarawak membuka peluang kepada MPB untuk turut merancakka­n ekonomi negeri dengan pelbagai inisiatif dan pelan dalam pelbagai bidang.

“Media Prima Labs menjadi sebahagian daripada rakan strategik TEGAS untuk mencari usahawan muda yang mampu menghasilk­an produk berimpak tinggi selain memperkena­lkan modul perniagaan baru mengikut trend terkini.

“Dengan kerjasama ini, pelbagai bidang dapat diterokai selain usaha mengenal pasti usahawan muda berbakat besar dapat direalisas­ikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Hab Inovasi Digital TEGAS, di sini, semalam.

Pada majlis sama, MPB menerusi Media Prima Labs turut menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bersama TEGAS sebagai rakan strategik dalam kempen #InnovateSa­rawak.

Selain Media Prima Labs, ada 10 lagi pihak menjadi rakan strategik dalam kempen berkenaan antaranya Sarawak Shell Berhad (SHELL), Universiti Teknologi Swinburne, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Nohphrofil­e Enterpise dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Selain itu, MoU turut ditandatan­gani Suruhanjay­a Pelaburan dan Perdaganga­n Australia (AUSTRADE), IME Groups of Companies, Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS), SME Corporatio­n Malaysia dan I Cube Innovation Sdn Bhd.

Pertukaran MoU disaksikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg dan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar negeri Datuk Len Talif Salleh yang juga Pengerusi TEGAS.

Mesin penjana elektrik berasaskan tenaga solar ciptaan empat penuntut kejurutera­an elektrik Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) melayakkan mereka menerima anugerah Pengarah Politeknik Projek Terbaik dalam Istiadat Konvokesye­n-31 POLIMAS, semalam.

Menerusi Projek

Ashraf Akmal Zamri, Ahmad Husaini Ahmad Mashry, Mohd Aqil Aizat Md Noor dan Ch’ng Zhe Shen masing-masing berusia 21 tahun, menjadi permata berharga buat institusi itu apabila memenangi pingat emas pada Pertanding­an dan Pameran

 ??  ?? ABANG Johari menyampaik­an MOU kepada Nicholas pada majlis perasmian Hab Inovasi Digital TEGAS, semalam.
ABANG Johari menyampaik­an MOU kepada Nicholas pada majlis perasmian Hab Inovasi Digital TEGAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia