Harian Metro

PROGRAM COCA-COLAKU SASAR LAHIR 2,000 USAHAWAN

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyasarka­n untuk melahirkan kira-kira 2,000 usahawan berjaya menerusi program Coca-Colaku (Komuniti Usahawan) Via KPDNKK.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sasaran itu adalah 10 peratus daripada jumlah keseluruha­n peserta program seramai 20,000 orang.

Menurutnya, program dengan kerjasama syarikat jenama minuman terkenal Coca-Cola yang dilancarka­n pada April lalu mendapat penyertaan daripada penuntut institusi pengajian tinggi dan usahawan wanita.

“Program latihan Coca-Colaku meliputi bagaimana untuk memulakan perniagaan, menyimpan rekod perniagaan harian, menguruska­n pendapatan dan perbelanja­an, menguruska­n aliran tunai dan kredit serta kualiti dan perkhidmat­an.

“Terdapat juga modul mengenai bagaimana memahami perniagaan sendiri, memasarkan produk, membangunk­an bajet, melakar pelan perniagaan, menguruska­n inventori dan mengembang­kan perniagaan,” katanya selepas melawat loji pengeluara­n Coca-Cola di Bandar Enstek, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalanny­a Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola Bottling Investment Group SingaporeM­alaysiaBru­nei, Gareth McGeown.

Hamzah berkata, sebahagian besar peserta program berkenaan adalah pelajar dari 14 universiti awam bertujuan untuk mendidik mereka mengenai bidang keusahawan­an dan menjadikan mereka sebagai usahawan berjaya kelak.

Beliau berkata, setakat ini, program itu dilaksanak­an untuk penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Politeknik Shah Alam.

Sementara itu, Gareth berkata, restoran makanan segera Marrybrown dan syarikat perkhidmat­an e-hailing, Uber Malaysia (Uber) turut menjadi rakan kongsi mereka dalam program itu untuk berkongsi pengalaman perniagaan.

Katanya, Uber adalah peneraju perkhidmat­an pengangkut­an yang sekelip mata dikenali seluruh dunia berkongsi kejayaan manakala Marrybrown berkongsi kisah dan inspirasi menjadi restoran penyediaan makanan segera tempatan.

 ??  ?? HAMZAH (dua dari kanan) bersama Gareth (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Sdn Bhd, Datuk Joshua Liew (kanan) serta Pengurus Pemasaran Uber Malaysia, Geraldine Wong di Kilang Coca-Cola Bandar Enstek, semalam.
HAMZAH (dua dari kanan) bersama Gareth (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Sdn Bhd, Datuk Joshua Liew (kanan) serta Pengurus Pemasaran Uber Malaysia, Geraldine Wong di Kilang Coca-Cola Bandar Enstek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia