Harian Metro

Pacu pertumbuha­n 7%

 CIMB Group dalam landasan tepat capai sasaran segmen pembiayaan tahun ini

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) berada pada landasan tepat untuk mencapai pertumbuha­n segmen pembiayaan antara enam hingga tujuh peratus tahun ini, sekali gus mengukuhka­n kehadirann­ya sebagai institusi perbankan unggul di negara ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pihaknya yakin mencapai pertumbuha­n di pasaran dan operasi yang CIMB menjadi pemacu utamanya.

Beliau berkata, segmen terbabit meliputi tiga perniagaan utama iaitu perbankan pengguna, komersial dan korporat yang dijangka berkembang pada separuh kedua tahun kewangan kumpulan.

“Pada separuh kedua ini, kami begitu berhati-hati dengan persekitar­an dan optimis dengan pasaran berikutan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh di Malaysia dan Indonesia serta peningkata­n yang bertambah baik di Singapura dan Thailand,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media keputusan kewangan Kumpulan CIMB separuh pertama 2017 di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Shahnaz Jammal.

Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2017, Kumpulan CIMB merekodkan untung bersih RM2.28 bilion iaitu peningkata­n 35.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu manakala keuntungan sebelum cukai RM3.05 bilion.

Pendapatan operasi kumpulan meningkat 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM8.69 bilion didorong peningkata­n pendapatan bukan faedah 15.9 peratus selaras aktiviti pasaran modal yang baik.

Zafrul berkata, pencapaian itu memberikan kumpulan tumpuan kepada perkembang­an syarikat menerusi kualiti aset merentasi pelbagai segmen perniagaan.

“Kami yakin dengan nilai 5C yang diterapkan seperti modal, kos, budaya, pengalaman pelanggan dan kawal selia dalam program T18 kumpulan, CIMB dalam acuan tepat mencapai sasaran kewanganny­a pada 2017,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2017, Kumpulan CIMB menyasarka­n pulangan ke atas ekuiti 9.5 peratus berbanding 8.3 peratus pada tahun kewangan lalu.

 ??  ?? ZAFRUL (kiri) bersama Shahnaz selepas keputusan kewangan CIMB Group, semalam.
ZAFRUL (kiri) bersama Shahnaz selepas keputusan kewangan CIMB Group, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia