Harian Metro

Worldwide selenggara penutupan tiga tapak pelupusan di Selangor

-

Puchong: Worldwide Holdings Bhd (Worldwide Holdings) menandatan­gani perjanjian dengan Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bagi pelaksanaa­n kerja penyelengg­araan pasca penutupan bagi tiga tapak pelupusan sanitari di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, perjanjian itu bukti keupayaan dan pengalaman syarikat dalam pengurusan sisa terutama tapak pelupusan sanitari berikutan kejayaan penutupan dan pemulihan tapak pelupusan sanitari Air Hitam.

“Pembabitan dan kejayaan kami dalam pengurusan sisa selama 20 tahun adalah hasil bakat muda yang mengamalka­n teknologi melalui kerjasama strategik dengan syarikat antarabang­sa dan pengalaman dalaman syarikat,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian antara kedua-dua pihak, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjadi saksi upacara menandatan­gani perjanjian terbabit.

Beliau berkata, syarikat mengendali­kan aktiviti penyelengg­araan dan pascapenut­upan dua tapak pelupusan sanitari di Air Hitam, Puchong dan Kubang Badak, Kuala Selangor serta tempat pembuangan sampah di Sungai Kembong, Hulu Langat bernilai RM1.5 juta setahun.

“Perjanjian ini membolehka­n kami mengukuhka­n matlamat meluaskan perniagaan pengurusan sisa kami di peringkat tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Tapak Pelupusan Sanitari Air Hitam adalah tapak kejurutera­an moden pertama di negara ini yang mengendali­kan lebih enam juta sisa pepejal sebelum ditutup Disember 2006.

Selepas ditutup, Worlwide Holdings mengambil inisiatif menjadikan tapak pelupusan sanitari itu kepada taman rekreasi.

 ??  ?? KAKITANGAN Worldwide menunjukka­n buku The Invisible 6 Million Tonnes Air Hitam Sanitary Landfills Park.
KAKITANGAN Worldwide menunjukka­n buku The Invisible 6 Million Tonnes Air Hitam Sanitary Landfills Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia