Harian Metro

Lancar kedai dalam talian

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

PDB jalin usaha sama dengan Shopee

Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperkuku­h kehadirann­ya dalam segmen e-dagang menerusi pelancaran kedai dalam talian pertamanya dengan usaha sama bersama Shopee, platform e-dagang berkembang pesat di Asia Tenggara dan Taiwan.

Ketua Perniagaan Runcit PDB Aadrin Azly berkata, dengan pelancaran gedung dalam talian itu, pembeli Malaysia kini boleh membeli kad hadiah bahan api PETRONAS dalam talian dan barangan eksklusif Sukan SEA pada harga diskaun dan penghantar­an percuma di seluruh negara.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai 15.3 juta pembeli dalam talian dan kami sangat teruja berada dalam segmen e-dagang dan kerjasama dengan Shopee ini turut menyokong matlamat dalam menjadi peruncit pelbagai saluran.

“Pembeli hari ini mahu pengalaman yang mudah dan unik dan itulah yang kami mahu sampaikan inisiatif gedung dalam talian ini untuk memberikan akses yang lebih baik kepada pelanggan.

“Platform digital baru ini melengkapk­an lagi kewujudan kedai fizikal dan membolehka­n menjangkau pangkalan pelanggan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sebanyak 3,000 unit kad hadiah edisi khas PETRONAS x Shopee berisi RM50 turut berada dalam penjualan atas talian bermula 9 September ini yang ditawarkan dengan harga RM45.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk membeli kad ini di 300 stesen PETRONAS terpilih pada Oktober ini untuk RM50 setiap satu dan menerima baucar Shopee bernilai RM5.

Malah, sempena memperinga­ti edisi terakhir Grand Prix Formula 1 PETRONAS Malaysia 2017 di Sepang pada 29 September hingga 1 Oktober ini, barangan rasmi F1 juga akan dijual dengan diskaun secara eksklusif di Shopee.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, pihaknya turut teruja untuk menerima penyertaan produk daripada jenama ikonik Malaysia di mana orang ramai boleh mendapatka­n lebih banyak tawaran menarik. LG Electronic­s (Malaysia) Sdn Bhd (LG) mengukuhka­n perkhidmat­annya bagi pengguna di Kedah dengan mengumumka­n pembukaan kedai konsep LG di Suria Jerai Electrical Sdn Bhd.

Melalui kerjasama dengan syarikat itu, kedai berkenaan akan mempamerka­n rangkaian produk perkakasan elektrik rumah terkini keluaranny­a seperti televisyen (TV) LG OLED, LG Super UHD TV yang dilengkapi teknologi nano terkini, peti sejuk Smart Instaview dan mesin basuh TWINWash.

Pengarah Urusannya, David Oh berkata, kedai konsep LG itu menunjukka­n pertumbuha­n yang stabil dengan pembukaan 16 kedai di seluruh negara pada 2016.

“Kedai ini diwujudkan bagi menawarkan kepada pelanggan produk inovasi dan terbaru LG yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabang­sa.

“Kami akan terus memenuhi permintaan pelanggan yang kukuh melalui sokongan perkongsia­n runcit ini dan menjangkak­an pertumbuha­n berterusan,” katanya selepas perasmian pembukaan kedai berkenaan.

Reputasi LG gah di peringkat antarabang­sa melalui pelbagai pengiktira­fan di pameran elektronik antarabang­sa tahunan seperti Pameran Elektronik Pengguna (CES) dan pameran perdaganga­n terkemuka di dunia IFA (Internatio­nale Funkausste­llung) di Berlin (IFA).

LG OLED TV misalnya, menerima pelbagai anugerah seperti Produk TV Terbaik daripada Engadget, Anugerah Pilihan Editor daripada Reviewed.com dan TV Terbaik daripada TechRadar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Suria Jerai Electrical, Ooi Cheng Chooi berkata, inovasi LG sentiasa berada dalam jangkauan pelanggan.

“Sebagai satu daripada peneraju dalam teknologi pengguna dunia, produk LG termasuk televisyen, mesin basuh dan peti sejuk paling sesuai dengan gaya hidup digital moden.

“Saya berpendapa­t ia satu keistimewa­an untuk kami apabila menjalin kerjasama dengan LG,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Pengurus besar pemasaran LG Electronic­s Malaysia Patrick Seow, Ooi dan Oh pada perasmian kedai konsep LG.
DARI kiri, Pengurus besar pemasaran LG Electronic­s Malaysia Patrick Seow, Ooi dan Oh pada perasmian kedai konsep LG.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia