Harian Metro

Ibu bapa disiasat selepas rantai anak nakal

-

Beijing: Sepasang suami isteri diberi amaran oleh polis selepas merantai tangan anak lelaki mereka sebagai hukuman kerana terlalu nakal.

Tindakan pasangan berkenaan terbongkar selepas satu video menjadi tular, memaparkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dengan kedua-dua tangan diikat dengan rantai di luar rumahnya.

Video berkenaan kali pertama dikongsi di aplikasi WeChat sebelum tersebar di media sosial di China.

Dalam rakaman itu juga, seorang budak perempuan dilihat berkongsi makan sebuku roti dengan kanak-kanak berkenaan.

Media melaporkan, kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Li yang tinggal bersama ibu bapanya di sebuah kampung di daerah Maguan di wilayah Yunnan.

Selepas video berkenaan tular di Internet dan mendapat pelbagai reaksi pengguna, polis menghantar pegawainya menyiasat perkara itu.

Ibu bapa kanak-kanak itu memberitah­u polis, anak mereka terlalu nakal dan tidak mendengar arahan.

Mereka mendakwa terpaksa merantai kanak-kanak terbabit bagi mengelakny­a merosakkan harta benda jiran.

Pasangan terbabit mengaku mereka merantai tangan kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman sebanyak dua kali pada bulan ini.

Polis kemudian memberi amaran keras dan menasihatk­an pasangan berkenaan supaya menghukum anak mereka dengan cara lain. Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n
itu kanak-kanak yang dirantai tangan kerana terlalu nakal. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n itu kanak-kanak yang dirantai tangan kerana terlalu nakal. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia