Harian Metro

Dakwa balu presiden kahwin Dr Dre ‘Bunuh si bodoh’

- Reuters

Seoul: Seorang lelaki didenda kerana menyebarka­n khabar angin menerusi media sosial mendakwa isteri mendiang presiden Kim Dae-Jung yang berusia 94 tahun akan mengahwini legenda hip-hop Amerika Syarikat (AS), Dr Dre.

Dr Dre, 52, mula meraih populariti bersama kumpulan rap gangsta, NWA pada 1980-an dan terbaru mencipta jenama fon kepala Beats yang dibeli oleh syarikat teknologi multinasio­nal Amerika, Apple menerusi perjanjian bernilai jutaan dolar.

Berbeza pula dengan isteri mendiang presiden Kim, Lee Hee-Ho, yang kekal sebagai tokoh berpengaru­h dalam politik Korea walaupun selepas kematian suaminya pada 2009.

Mereka tidak mungkin menjadi pasangan kekasih, tetapi dikaitkan pengguna media sosial tidak dikenali yang memuat naik berita itu di blognya pada Januari lalu mengatakan bekas wanita pertama itu akan berkahwin dengan Dr Dre untuk ‘mengaut harta presiden Kim.’

Mahkamah Daerah Seoul Jumaat lalu menafikan khabar angin itu sebagai ‘tidak berasas’ dan mendenda lelaki berusia 73 tahun itu 5 juta won (RM19,000) kerana memfitnah.

“Khabar angin mengenai perkahwina­n antara Lee dan Dr Dre tidak berasas,” kata Hakim Lee Eun-hee dalam keputusan itu, lapor Korea Times semalam.

Bagaimanap­un, pengguna media sosial di Korea Selatan menganggap kes itu sebagai jenaka paling lucu.

“Saya ketawa terbahak-bahak selepas membaca tajuk itu,” tulis seorang pengguna di media sosial.

Sementara seorang lagi berkata: “Adakah Eminem akan menyanyi pada perkahwina­n mereka nanti?” - AFP

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberitah­u polis semalam mereka boleh membunuh ‘orang bodoh’ yang melawan ketika ditangkap, hanya dua hari selepas ratusan orang menjadikan pengebumia­n seorang remaja yang dibunuh kepada bantahan berhubung perang mautnya terhadap dadah.

Menurut seorang pegawai, Duterte bertemu ibu bapa Kian Loyd delos Santos, 17, di istana presiden di Manila semalam. Namun, butiran lanjut mengenai perjumpaan itu tidak diketahui.

Terdahulu, Duterte memberi komen spontan terhadap Jovie Espenido, ketua polis di sebuah bandar di selatan tempat seorang datuk bandar dibunuh dalam serbuan antidadah.

“Kewajipan anda memerlukan anda mengatasi orang yang mahu ditangkap...jika mereka melawan dan melakukan kekerasan, anda bebas membunuh si bodoh itu dan itu adalah arahan saya,” katanya.

Dia menambah, ‘pembunuhan, homisid dan pembunuhan di luar proses undang-undang’ dilarang sama sekali dan polis perlu menegakkan kedaulatan undang-undang sepanjang menjalanka­n tugas.

Duterte melancarka­n perang antidadah selepas memegang jawatan presiden pada Jun tahun lalu susulan kempen pilihan raya yang menyaksika­n dia bersumpah menggunaka­n kuasa untuk menghapusk­an jenayah dan dadah.

 Duterte tak ubah pendirian walaupun kematian remaja cetus kemarahan terhadap kempen dadah

Beribu-ribu orang dibunuh sejak itu dan keganasan perang dadah itu turut dikritik masyarakat antarabang­sa.

Rakyatnya sebelum ini tidak lantang menentang kempen berkenaan, tetapi pembunuhan delos Santos oleh polis antidadah pada 16 Ogos lalu mencetuska­n kemarahan orang ramai.

Lebih 1,000 orang termasuk rahib, paderi dan ratusan kanak-kanak menyertai perarakan pengebumia­nnya pada Sabtu lalu, yang kemudian bertukar menjadi tunjuk perasaan terbesar sepanjang kempen antidadah Duterte.

Delos Santos dilaporkan diheret polis berpakaian preman ke lorong gelap di utara Manila sebelum dia ditembak di kepala dan ditinggalk­an berhampira­n kandang babi, menurut saksi yang dakwaannya itu disokong rakaman kamera litar tertutup.

Menurut polis, mereka hanya mempertaha­nkan diri selepas delos Santos melepaskan tembakan ke arah mereka, sementara jurucakap Duterte dan menteri keadilan menyifatka­n pembunuhan itu sebagai kes ‘terpencil.’

 ??  ?? DUTERTE (kiri) bersama ibu
bapa delos Santos, Saldy (tengah) dan Lorenza di Istana
Presiden, Manila. - EPA
DUTERTE (kiri) bersama ibu bapa delos Santos, Saldy (tengah) dan Lorenza di Istana Presiden, Manila. - EPA
 ??  ?? DR Dre
DR Dre

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia