Harian Metro

‘Guru’ rogol dijel 10 tahun

-

New Delhi: Seorang lelaki dianggap ketua agama dipenjara 10 tahun semalam kerana merogol dua wanita dalam pada pihak berkuasa berjaga-jaga menghadapi kemarahan pengikutny­a susulan rusuhan Jumaat lalu yang mengorbank­an 38 orang ketika kesnya pertama kali diputuskan mahkamah.

Pegawai kanan bertanggun­gjawab untuk ketenteram­an awam di Haryana, Ram Niwas berkata: “Mahkamah memerintah­kan Gurmeet Ram Rahim Singh dipenjara 10 tahun.”

Media tempatan melaporkan Singh, 50, menangis ketika hukuman dijatuhkan dan berulang kali menyatakan dia tidak bersalah selain enggan meninggalk­an bilik prosiding.

Puluhan ribu pengikut Singh, 50, membakar kenderaan dan bertempur dengan anggota keselamata­n di Haryana, Jumaat lalu, dalam kejadian yang turut mengakibat­kan lebih 200 orang cedera selepas dia disabitkan merogol dua wanita terbabit pada 2002.

Susulan itu, beberapa bandar dikenakan perintah berkurung di Haryana serta Punjab, manakala ibu negara, New Delhi juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Di Rohtak, tempat kes dibicaraka­n, semalam, polis turut diberi arahan menembak sesiapa yang cuba mencetuska­n rusuhan.

Talian Internet diputuskan, manakala jalan raya dikenakan sekatan dengan askar turut dikerah untuk membantu mengawal keadaan. Selain itu, lebih 100 penyokong kuat Singh ditahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Singh tidak dibawa ke mahkamah semalam, sebaliknya hakim diterbangk­an ke penjara yang dikawal ketat menaiki helikopter.

Singh - digelar ‘guru mengerlip’ kerana gemar pakaian seperti itu - didakwa selepas surat layang dihantar pada 2002 kepada Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee mendakwa beberapa wanita dalam kultus Singh dirogolnya.

Hakim mengarahka­n siasatan dilancarka­n, tetapi mangsa cuma dikesan beberapa tahun kemudian sebelum dua tampil memfaillka­n laporan pada 2007. - Agensi

 ??  ?? ASKAR India mengawal keselamata­n di jalan menuju ke penjara Sunaria, tempat Singh dijatuhkan hukuman. - EPA
ASKAR India mengawal keselamata­n di jalan menuju ke penjara Sunaria, tempat Singh dijatuhkan hukuman. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia