Harian Metro

90 maut di tangan jururawat

-

Berlin: Seorang jururawat lelaki yang dipenjara seumur hidup, dua tahun lalu, kerana membunuh dua pesakit menggunaka­n suntikan berlebihan dadah berbahaya dipercayai menyebabka­n kematian sekurang-kurangnya 90 orang lain.

Perkara itu didedahkan polis semalam, dengan menggelarn­ya pembunuhan beramai-ramai paling buruk di Jerman sejak Perang Dunia Kedua.

Niels Hoegel, 40, dipenjara pada Februari 2015 atas dua tuduhan bunuh dan beberapa kes cubaan membunuh pesakit di unit rawatan rapi di Hospital Delmenhors­t, Bremen.

Semalam polis berkata, penyiasat memperoleh bukti tambahan selepas menggali semula dan menganalis­is lebih banyak mayat seterusnya percaya ada puluhan mangsa lagi.

Ketua penyiasat Arne Schmidt berkata: “Jumlah kematian ini memang tidak pernah direkodkan dalam sejarah republik Jerman. Kami percaya Hoegel membunuh secara rambang dan sasarannya pesakit yang kritikal.

Katanya, pihak berkuasa menemui bukti sekurang-kurangnya 90 pembunuhan malah bimbang ada banyak lagi yang tidak mungkin dapat dibuktikan.

Hoegel mengaku menyuntik pesakit dengan dadah yang mampu menyebabka­n kegagalan jantung untuk menyebabka­n mereka pengsan supaya dia dapat membantu menyedarka­n mereka semula.

Dia mengaku rasa gembira apabila berjaya dan sedih jika gagal.

Susulan pengakuann­ya itu, polis dan pendakwa melancarka­n jawatankua­sa forensik khas untuk menyiasat kematian pesakit lain dan sehingga semalam lebih 130 mayat digali semula serta diuji untuk sisa dadah. - AFP

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n memeriksa lokasi serangan bom kereta di pasar Jamila, Baghdad, yang mengorbank­an 11 orang. - Reuters
ANGGOTA keselamata­n memeriksa lokasi serangan bom kereta di pasar Jamila, Baghdad, yang mengorbank­an 11 orang. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia