Harian Metro

Kanibal menangis

- AFP

 Lima tertuduh didakwa bunuh, makan daging manusia

Lima lelaki tempatan disyaki kanibal dihadapkan ke mahkamah semalam, dengan puluhan orang melakukan bantahan di luar bangunan berkenaan.

Lelaki dari kampung Escourt di wilayah KwaZulu-Natal ditahan lebih seminggu lalu selepas seorang menyerah diri kepada polis dan dilaporkan memberitah­u anggota yang bertugas dia ‘penat makan daging manusia.’

Pengakuann­ya itu membawa kepada penangkapa­n empat rakan lain.

Jurucakap polis Thembeka Mbhele berkata: “Lima tertuduh itu dihadapkan ke mahkamah semalam untuk prosiding memohon jaminan tetapi kemudian mengubah fikiran dan menarik balik permohonan berkenaan.”

Semua tertuduh berusia 30-an itu didakwa atas tuduhan bunuh, bersubahat membunuh dan memiliki anggota badan manusia. Media tempatan melaporkan seorang daripadany­a menangis teresak-esak ketika prosiding semalam.

Kes ngeri itu yang mengejutka­n pekan berkenaan mencetuska­n kebimbanga­n terhadap amalan sihir dan perubatan tradisiona­l susulan seorang tertuduh dipercayai bomoh.

Menurut

polis, suspek pertama masuk ke balai polis Escourt pada 18 Ogos lalu dengan beg mengandung­i satu kaki serta tangan manusia.

Dia kemudian memaklumka­n anggota bertugas bahawa dia memakan daging manusia dan membawa mereka ke sebuah kediaman di mana sisa mayat lain ditemui.

“Pada peringkat ini kami masih tidak tahu siapa identiti mangsa yang anggota badannya ditemui. Kami masih menanti keputusan DNA.

“Kami juga menyiasat berapa lama mereka menjalanka­n aktiviti ini serta berapa ramai mangsa dibunuh,” kata Thembeka.

Laporan media tempatan mendakwa polis mengaitkan kes itu kepada pembunuhan sekurang-kurangnya seorang wanita di kawasan berkenaan.

Penduduk tempatan juga menyangka lima tertuduh terbabit menggali mayat dari kubur di situ.

Sementara itu, penunjuk perasaan berhimpun di luar Mahkamah Majistret Estcourt mengutuk perbuatan mereka. Afrika Selatan tiada undang-undang melarang amalan kanibal, tetapi perbuatan merosakkan mayat dan memiliki sisa tisu manusia adalah perbuatan jenayah.

Kes akan disebut semula pada 28 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia