Harian Metro

Real nyaris malu

 Asensio elak aib di Bernabeu

- AFP

Real Madrid memerlukan jaringan lewat Marco Asensio sekali gus mengelak kekalahan mengejut namun rentetan kemenangan mereka ditamatkan Valencia apabila seri 2-2 di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam.

Asensio memberikan permulaan sempurna buat tuan rumah selepas hanya 10 minit namun Carlos Soler menyempurn­akan gerakan mantap Valencia untuk menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.

Valencia mengejutka­n Bernabeu apabila Geoffrey Kondogbia, yang menyertai kelab itu minggu ini secara pinjaman semusim dari Inter Milan, merembat masuk hantaran silang Rodrigo dari penjuru kotak penalti.

Bagaimanap­un, seperti kebanyakan aksi musim lalu, Madrid menyamakan kedudukan apabila Asensio meledak masuk menerusi sepakan percuma tujuh minit sebelum tamat.

Keputusan seri itu menamatkan catatan lapan kemenangan berturut-turut Real sejak Mei lalu dan menyaksika­n juara Eropah itu ketinggala­n dua mata di belakang musuh Barcelona selepas dua perlawanan La Liga Sepanyol.

“Saya tidak boleh bergembira dengan keputusan ini namun persembaha­n mereka cemerlang dan kami berhak mendapat keputusan lebih baik hari ini,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane.

“Inilah bola sepak, anda tidak boleh sentiasa menang. Kami hilang dua mata, tapi saya amat bangga dengan pemain saya.”

Valencia melalui dua musim hambar, berakhir di tangga ke-12 dalam dua musim terdahulu, namun ada tanda-tanda kebangkita­n di bawah kendalian jurulatih baru Marcelino Garcia Toral selepas menang pada hari pertama musim ke atas Las Palmas.

“Ia perlawanan yang menarik untuk ditonton,” kata Marcelino. “Seri keputusan yang adil sekalipun mana-mana pasukan mungkin boleh menang. Saya yakin peminat berbangga dengan pemain mereka.”

“Anda boleh lihat apa yang kami usahakan dan kami mahu membentuk pasukan yang mantap dan berani.”

Madrid beraksi tanpa Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos yan digantung dan ketiadaan mereka amat dirasai dalam saingan terbuka yang menyaksika­n pelbagai peluang disia-siakan.

 ??  ?? PENYERANG Real Madrid Karim Benzema melakukan tandukan ke arah gawang Valencia.
PENYERANG Real Madrid Karim Benzema melakukan tandukan ke arah gawang Valencia.
 ??  ?? ASENSIO meraikan jaringan penyamaan di Santiago Bernabeu.
ASENSIO meraikan jaringan penyamaan di Santiago Bernabeu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia