Harian Metro

Aksi paling teruk: Wenger

-

Liverpool: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui pasukannya dihukum kerana persembaha­n “buruk” selepas mereka dibelasah 4-0 oleh pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liverpool, awal pagi semalam..

Liverpool meledak menerusi Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Daniel Sturridge di Anfield untuk mencetus kekalahan kedua berturut-turut Arsenal selepas tumpas 0-1 di Stoke City hujung minggu lalu.

“Secara mental ia amat sukar,” kata Wenger. “Persembaha­n yang amat mengecewak­an. Ia terlalu teruk.

“Keputusan ini adalah hasil daripada persembaha­n. Ia tidak mencukupi. Kami tewas di semua posisi secara fizikal dan akhirnya kami memudahkan tugas mereka.

“Kami bertindak baik baru-baru ini dalam perlawanan besar. Itulah sebabnya hari ini ia terlalu mengecewak­an.”

Wenger berdepan bantahan daripada sebahagian besar penyokong Arsenal musim lalu apabila pasukannya gagal mara ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Namun, beliau mengemudi kemenangan menakjubka­n ke atas Chelsea pada final Piala FA dan kemudian menandatan­gani kontrak baru dua tahun.

Ditanya mengenai jeritan “Wenger keluar!” yang didengari daripada penyokong pelawat, Wenger membalas: “Saya tidak mahu menjawab soalan itu. Ia sebahagian daripada perasaan penyokong.

“Jika sesetengah orang berasakan sayalah masalahnya, maka saya meminta maaf jika saya menjadi masalah.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia