Harian Metro

Conte sudah tak kisah

-

London: Antonio Conte menegaskan beliau tetap komited terhadap Chelsea sekalipun jika tidak mendapat pemain baru yang dikehendak­inya sebelum jendela perpindaha­n pemain ditutup Khamis ini.

Conte tidak teragak-agak melahirkan kekecewaan­nya terhadap kegagalan Chelsea mendapatka­n pemain sasaran utamanya dan laporan hujung minggu lalu mencadangk­an bos Blues itu memikirkan untuk meletak jawatan jika jendela perpindaha­n berlalu tanpa pemain baru menyertai kelab juara itu.

Ketika Chelsea membelanja­kan £130 juta (RM714 juta) membeli Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger sejak hujung musim lalu, Conte memberitah­u pemilik Blues, Roman Abramovich beliau memerlukan skuad yang lebih kuat untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Dikaitkan dengan pemain tengah Leicester City, Danny Drinkwater, pemain sayap Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlai­n dan penyerang Swansea City, Fernando Llorente, Conte sekali lagi mengulangi harapannya untuk mendapatka­n muka baru selepas menang 2-0 ke atas Everton, semalam.

Namun, bekas jurulatih Juventus itu menjelaska­n beliau tidak berhasrat mengundur diri tidak kira apa yang berlaku dalam pasaran perpindaha­n.

“Saya fikir mesej saya kepada penyokong tetap sama. Saya amat komited kepada kelab, untuk meningkatk­an pemain dan pasukan saya,” katanya.

“Saya seorang jurulatih, bukan seorang pengurus, kerja terbaik saya di padang.

“Kemudian sudah tentu apabila anda mahu mengukuhka­n skuad anda perlu memberi pandangan kepada kelab.

“Mereka pergi ke pasaran untuk cuba membantu kami, kadang-kadang ia boleh dilakukan, kadangkala tidak.”

Gol sumbangan Cesc Fabregas dan Morata memastikan kemenangan ke atas Everton yang kurang bermaya dan fikiran Conte pantas beralih kepada situasi perpindaha­n apabila beliau berdepan media di Stamford Bridge. - AFP

 ??  ?? CONTE sedikit terkilan kelab gagal bawa masuk pemain sasaran utama.
CONTE sedikit terkilan kelab gagal bawa masuk pemain sasaran utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia