Harian Metro

Najib ucap tahniah kontinjen negara

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapka­n tahniah kepada kontinjen negara yang meraih 111 pingat emas, malam tadi sekali gus muncul juara Sukan SEA ke-29.

Najib berkata, dengan pencapaian cemerlang itu maka sah dan nyatalah Malaysia menjadi juara keseluruha­n temasya sukan dwi tahunan berkenaan.

“Saya mengisytih­arkan kontinjen Sukan SEA negara berjaya meraih 111 pingat emas seperti sasaran kita.

“Malaysia mencatat sejarah gemilang Sukan SEA dalam semua acara termasuk renang,” katanya ketika berucap melancarka­n Projek ‘River of Life’ dan ‘Kolam Biru’, di sini, malam tadi.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Fasa 1 pengindaha­n sungai Presint 7, Projek ‘River of Life’ itu membabitka­n kawasan bersejarah iaitu pertemuan Sungai Klang serta Sungai Gombak di mana bermulanya Kuala Lumpur dan dikeliling­i bangunan warisan negara seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Pasar Seni.

‘Kolam Biru’ yang menjadi ikon baru kepada Kuala Lumpur dengan limpahan cahaya berwarna-warni berserta pancutan air mengikut irama muzik berhampira­n Masjid Jamek Sultan Abdul Samad adalah cetusan idea Perdana Menteri yang mahu mengoptimu­mkan potensi kawasan itu sebagai penggerak kepada ekonomi dan tarikan pelanconga­n.

Najib berkata, projek itu akan meletakkan Kuala Lumpur menjadi lebih hebat dan sebaris dengan bandar raya lain yang terkemuka di dunia.

Katanya, beliau mengharapk­an pihak terbabit melaksanak­an elemen penguat kuasaan yang tegas kerana terdapat segelintir masyarakat menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah, sedangkan ia adalah warisan bernilai untuk dikecapi semua pihak.

Projek Sungai Nadi Kehidupan itu membabitka­n lapan sungai sepanjang 110 kilometer dengan kemajuan projek melebihi 80 peratus.

 ??  ?? NAJIB dan Rosmah bersama atlet negara meraikan kemenangan 111 pingat emas Sukan SEA KL2017, semalam.
NAJIB dan Rosmah bersama atlet negara meraikan kemenangan 111 pingat emas Sukan SEA KL2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia