Harian Metro

Kecederaan tak halang Izzah beraksi cemerlang

-

Kuala Lumpur: Kecederaan belakang, bahu dan lutut yang membelengg­u dirinya tidak menghalang Izzah Amzan untuk menghadiah­kan emas kepada negara dalam acara gimrama menerusi aparatus bola.

Bagaimanap­un, atlet kelahiran Pahang itu mengaku dia gementar untuk beraksi pada penampilan pertamanya di temasya Sukan SEA dan juga di hadapan penyokong sendiri.

Izzah berkata, dia bersyukur kerana tidak terganggu dengan kesakitan ketika persembaha­n selain berjaya mengawal tekanan itu apabila mempraktik­kan apa yang dipelajari­nya sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, saya dapat mengatasi semua cabaran yang mendatang. Gembira dan seronok.

“Saya ingin hadiahkan emas ini kepada ibu yang banyak berkorban dan bertanggun­gjawab menjadikan saya seperti hari ini,” katanya.

Izzah melakar kejutan apabila menewaskan atlet pilihan iaitu rakan senegara, Koi Sie Yan untuk meraih emas dalam acara bola selepas mengumpul 15.6 mata manakala Sie Yan (15.050 mata) di tempat kedua dan gangsa milik Indonesia, Nabila Evandestie­ra, 13.950 mata.

Sementara itu, acara berpasukan menerusi aparatus campuran bola dan tali melengkapk­an kejayaan kem gimrama negara.

Skuad negara dibarisi Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen, dan Thew Yue Jia mengumpul 15.350 mata menewaskan barisan gimnas Vietnam 13.650 mata dan gangsa milik Singapura 11.450 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia