Harian Metro

Optimis pertahan kejuaraan

-

Petaling Jaya: Keghairaha­n Thailand untuk beraksi di pentas final acara bola sepak bertemu Malaysia malam ini nyata sukar dibendung apabila pemain mereka sudah melaungkan kesediaan mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi di Singapura, dua tahun lalu.

Pertahanan, Chaowat Veerachart berkata, dia dan semua rakan sepasukann­ya sudah tidak sabar menantikan pertembung­an final itu yang dijangka berlangsun­g sengit.

“Semua pemain sudah tak

sabar nak bermain untuk pada aksi terakhir kami dalam kempen Sukan SEA ini.

“Masing-masing memiliki peluang untuk muncul pemenang, namun kami sudah bersedia menghadapi aksi itu dan yakin kemenangan mampu menjadi milik kami,” katanya pada sidang media praperlawa­nan semalam.

Thailand yang hadir dengan status selaku juara bertahan, diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mempertaha­nkan ibu segala pingat itu.

Malah, rekod pertemuan terakhir juga jelas memihak kepada skuad kendalian Worrawoot Srimaka itu apabila melakar tiga kemenangan dalam tiga pertembung­an sebelum ini.

“Kami sedar akan kelebihan

Malaysia selaku pasukan tuan rumah yang akan mendapat sokongan padu penyokong mereka.

“Saya percaya pemain lawan yang diturunkan akan beri saingan sengit kepada kami.

Apa yang penting kami perlu berusaha untuk bertambah baik daripada satu perlawanan ke satu perlawanan,” ujarnya.

 ??  ?? PEMAIN Thailand selepas sesi latihan tertutup di padang Kelab Aman, Kuala Lumpur semalam.
NONT
PEMAIN Thailand selepas sesi latihan tertutup di padang Kelab Aman, Kuala Lumpur semalam. NONT
 ??  ?? PEMAIN Thailand ghairah untuk beraksi di final.
PEMAIN Thailand ghairah untuk beraksi di final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia