Harian Metro

Rekod lalu bukan jaminan: Naruephon

-

Petaling Jaya: Di atas kertas, Thailand mungkin menjadi pilihan untuk menewaskan Malaysia pada aksi final bola sepak yang dijadualka­n berlangsun­g malam ini.

Berdasarka­n rekod pertemuan sebelum ini, ternyata skuad kendalian Worrawoot Srimaka itu berada di satu tahap berbeza dengan Malaysia apabila berjaya menumbangk­an pasukan negara dalam tiga pertembung­an dengan kali terakhir mereka melakar kemenangan 3-0 pada Kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bawah 23 tahun di Bangkok, bulan lalu.

Bagaimanap­un, penolong jurulatih Thailand, Naruephon Kaenson enggan pemainnya mendabik dada sebaliknya menegaskan kedua-dua pasukan memiliki peluang sama rata untuk memenangi ibu segala pingat itu.

“Rekod lalu bukan jaminan untuk menang dalam aksi final nanti. Tetapi pentas final kali ini amat berbeza berbanding aksi lalu.

“Pasukan yang bijak mengambil kesempatan dan kurang melakukan kesilapan, akan muncul pemenang dan oleh sebab itu saya tidak mahu pemain terlalu selesa.

“Kami perlu bermain seperti biasa dan tidak harus terikut-ikut dengan rentak lawan. Apapun, berdasarka­n persiapan kami, saya yakin kami dapat lakukan yang terbaik di final nanti,” katanya pada sidang media semalam.

Dalam tiga aksi terdahulu, skuad bawah 22 tahun negara tewas dalam semua pertemuan bermula dengan kekalahan 1-2 di final Piala Negara-Negara, tumbang 0-4 di Kejohanan Piala Dubai (Mac lalu) dan 0-3 pada Kelayakan Piala AFC B-23.

Begitupun, ketika skuad negara tewas dua kali di Kejohanan Piala Negara-Negara dan Piala Dubai, Malaysia dibimbing bekas jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt yang mengamalka­n sistem dan falsafah permainan berbeza.

“Sekarang Malaysia di bawah jurulatih lain (Datuk Ong Kim Swee), tahap permainan mereka juga berubah. Jadi kami perlu berwaspada dan kekal fokus sepanjang aksi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia